Memaparkan catatan dengan label Aidil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aidil. Papar semua catatan

Mei 17, 2012

Keluarga Artis : Aidil Tarik Balik Kes Cerai Isteri Rita Rudaini

"Saya masih sayangkannya, Kalau  boleh saya nak kembali kepada Rita dan anak-anak"

"Kalau Rita setuju dengan permohonan kembali taat, perkara ini selesai.Saya nak dia kembali dengan anak-anak ke rumah saya di USJ1". 
Sumber : Metro ebrowse

Diatas adalah beberapa ayat yang keluar dari mulut Aidil ketika ditanya oleh wartawan diluar mahkamah, berkenaan isu penarikan kes penceraiannya dengan isteri beliau (Rita Rudaini)

Dan berikut jawapan Rita ketika ditanya oleh wartawan :

"Saya tengok dia seperti tidak serius, sekejap nak bercerai, selepas itu tarik balik,

April 12, 2012

Aidil Sah Ceraikan Rita Rudaini

 SEREMBAN – Pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Aidil Zafuan Abdul Radzak mengesahkan bahawa dia sudah memfailkan permohonan untuk bercerai dengan isterinya yang juga aktres popular, Rita Rudaini Mokhtar.

Aidil Zafuan, 25, berkata, permohonan itu difailkan oleh peguamnya di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor kelmarin.

Katanya, dia tidak mahu berselindung mengenai perkara itu dan mengakui telah memfailkan tuntutan permohonan bercerai di mahkamah.

“Saya menyerahkan segala urusan tersebut (permohonan perceraian) kepada peguam dan saya sedang menanti perkembangannya di mahkamah.

“Saya juga tidak mahu mengulas lanjut berhubung tindakan ini kerana tidak mahu memburukkan isteri saya dan tidak mahu masalah kami menjadi kontroversi umum,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mengulas mengenai dakwaan Rita Rudaini, 36, bahawa dia mengabaikan tanggungjawab terhadap dua

Januari 11, 2012

Perang Dingin Rita Rudani Dan Adik Ipar Zaquan Di Twitter


Setelah beberapa lama menyepikan diri daripada dunia hiburan, kini tampil gossip dan konterversi panasyang terbaru mengenai artis bernama Rita Rudani ini. Menurut info daripada Murai dan dan gambar yang terdapat diatas yang dipetik daripada laman Twitter menunjukkan Akak Ipar dan Adik Ipar bergaduh sesama sendiri (Dalam Alam Maya Jer tau).

Bagi anda yang mengetahui kisah Rita dan Suami beliau yang memang sudah tersebar sebelum ini mengenai hubungan dingin dengan keluarga mertuanya.

Apa-apapun Zoom berharap buanglah yang keruh dan ambil yang jernih, kerana tidak semua manusia sempurna di muka bumi ini.

Zoom : Apa Pula Kata Anda?
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Januari 30, 2011

Hubungan Rita Rudaini Dan Keluarga Mentua Kembali Jernih

Walaupun apa yang terjadi ikatan keluarga tidak akan mendung sepanjang hari begitu jugalah kisahnya mengenai Rita Rudani dan keluarga Mertuanya yang kini kembali bersinar. 


Menurut info keluarga mertua dan Rita telah kembali jernih apabila suami Rita, Aidil Zafuan,24, membawa ibu dan bapanya Azizah Arshad,58, dan Abdul Radzak Salleh,61, untuk menziarahi cucu mereka, Airit Rayyan Rizqin yang berusia dua tahun di pusat perubatan itu akibat demam panas.


Diantara ayat yang keluar daripada ibu mertua Rita yang sudah pasti menyentuh perasaan :


“Emak sayangkan Rita. Mak restu perkahwinan Rita dengan Aidil,” kata Azizah sambil memeluk menantunya dengan linangan air mata.


Malah Rita juga meminta maaf dengan mencium tanda hormat dan sayang sebagai seorang menantu, bagi ZoOm saat itu memang amat manis jika anda sendiri yang merasainya.


Dan Rita juga dikatakan kini mengandung 5 bulan menjemput keluarga mentua untuk melawat cucunya.

Januari 22, 2011

Rita Rudaini Tak Datang Ke Majlis Pernikahan Zaquan

Dalam kesibukan majlis pernikahan adik Zafuan yakni Zaquan, ada juga cerita mengenai artis dan isteri kepada Zafuan iaitu Rita Rudaini tidak dapat hadir semalam kerana masalah kesihatan. Maklum sahajalah dah berbadan dua dan kini berusia 5 bulan.


Semoga pasangan adik beradik yang telah berkeluarga ini akan bahagia hingga ke akhir hayat.

Oktober 28, 2010

Aidil Zafuan Nafi Tuntut Anak !!

Apa nak jadi, dari mana la wartawan tersebut dapat maklumat mengenai Aidil ingin tuntut anak daripada Rita. Pasangan ini baru nak menjernihkan keadaan ada pula pihak yang buat cerita, Zoom tau akhbar tu sebab Zoom pun baca pagi tadi malas je nak cakap akhbar apa. Semoga wartawan tersebut akan mengambil iktibar daripada kesilapan yang lalu.Berikut penjelasan Aidil mengenai gossip tersebut;

Oktober 03, 2010

Keluarga Rita Dan Aidil Kecewa Kerana Pihak Ketiga

Kesian keluarga ini, baru nak membina keluarga bahagia, bala pula datang. Siapalah yang cuba menghasut dan sering membuat keluarga ini tidak sehaluan.


Semoga mereka tabah menghadapi dugaannya.

Februari 18, 2010

(Gambar) Perkahwinan Aidil Finalis Akademi Fantasia

Selepas tujuh bulan bertunang dan sekali lafaz, bekas finalis program raliti Akademi Fantasia Nik Mohd Aidil Nik Zamri,26 atau panggilan mesranya Aidil selamat bergelar suami kepada Juniza Azizan,28. Aidil dinikahkan sendiri oleh bapa penggantin perempuan iaitu Azizan Mohd Noor.Apa kata anda mengenai Pasangan ini

Disember 11, 2009

(Gossip)Aidil Larang Rita Berlakon !!!!



Sebelum ini gossip LInda melarang Que Haidar sekarang ni suami pulak melarang si istero ( RIta) berlakon.Yerlah mana tahan kalau tengok isteri atau suami dipeluk orang..Kalau zoom pun sud dah tentu tak senang duduk.Terutamanya jika ada aksi-aksi yang memerlukan pelakon beraksi manja.



Baca Selanjutnya

Rita Rudaini sememangnya memegang watak utama dalam drama Suraya tetapi di atas arahan suami tercinta, Aidil Zafuan melarangnya, watak itu kini di pegang oleh Zizie Ezette. Sebab utama tindakan itu dibuat adalah kerana seorang pelakon kacak yang dibelasah baru-baru ini, Remy Ishak turut ada berlakon bersama-sama.

Mengikut sejarah zaman moden, Rita Rudaini dan Remy Ishak pernah berlakon bersama dalam drama ‘Jalan Pintas ke Neraka’ dahulu. Dalam drama tersebut, ada satu adegan kontroversi tahap minumum membabitkan kedua-dua pelakon ini dalam bilik mandi. Inilah yang dikatakan bermulanya titik permulaan Aidil Zafuan mula tidak senang duduk.

November 03, 2009

(Gambar) Terbaru Rita, Aidil Dan Anak ( Rayyan )



Comelnya anak pasangan bola sepak dan artis malaysia ini..Mana tak nya, ayah dan ibu pun dah cantik dan hendsome..Apa KOmen anda !!!?

Nampak ceria dan bahagia pasangan ini...!!!



Baca Selanjutnya
>


Julai 18, 2009

(Gossip) Ayu Raudah Main Suap-Suap Dengan Zaquan Adha!!


Kesian Kat Dua Pasangan Kembar ini,Tak Habis2 dengan konterversi nya.Nak BUat macam mana dik dah jadi terkenal...Paparazi dan mamarazi kat luar tu banyak ni yg trbaru zoom dpt dr ohartis (pinjam sat) korang baca ler

=====================####=================
Assalamualaikum pengarang Oh! Artis..
semalam sy ade bc paper mengenai Ayu Raudah & Zaquan Adha. Ahad yang lepas sy ade g bekfas bersama hubby di sebuah kopitiam di Subang Jaya. Amboi bukan main mesra diorang. Jadi memang betul la mereka bercinta ek. Tapi dalam paper semalam dia lebih suka llki yang berumur n matured. Tapi mgkin Zaquan ni ni walau muda tapi matured kot..kalo x, xkan makan pon dia suapkan Ayu. Zaquan makan x guna sudu tapi guna tangan.

Ada gak dia mengusap belakang Ayu..hurm..memang mesra. Harap2 hubungan ni menjadi la ek. Sy nk snap gambar tapi x dapat. Coz Zaquan betul2 menghadap ke arah sy dan asik memandang pada sy. Takut sy snap ler tuh. Masa dlm situ, hanya sy org melayu n kalo citer ni kuar, memang dia tau sape yg cite..hehehe..

K la..tu jerk nak bgtau. Wassalam.

- Cute Mama


====================###==========================



Zoom Comment: Untuk adik beradik kembar ni,banyak2 bersabar mungkin apa yang berlaku ada hikmah nyer..utk yg nk kahwin kumpul duit,dah cukup kahwin jer.

Julai 10, 2009

Gambar) Comel Nyer Anak Rita Dan Aidil !!!



Comelnya anak pasangan kontroversi Rita Rudaini dan Aidil Zafuan Abdul Radzak yang baru dilahirkan semalam.

Bayi penyeri hidup yang diberi nama Aidit Rayyan Rizqin itu seberat 2.9kg.

Rayyan dilahirkan petang semalam di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Bayi itu sempurna dan sihat.

Semoga kehadiran bayi comel itu akan menjadi jambatan penyambung ikatan yang bermasalah sejak awal ibu bapanya berkahwin.

Rita dan Aidil berkahwin di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga Aidil.

Rahsia itu dibongkarkan hujung tahun lalu apabila Aidil memberitahu ahli keluarganya. Ekoran itu timbul kontroversi pasal hubungan dingin pasangan itu dengan keluarga.

"Kehadiran anak sulung ini diharap akan memberi lebih kebahagiaan kepada kehidupan kami sebagai suami isteri. Insya-Allah dalam apa sahaja keputusan yang akan dibuat, kepentingan Rayyan akan didahulukan," kata Rita kepada media yang melawatnya di hospital.

Zoom Comment : Tahniah Aidil Dan Rita,semoga dengan kehadiran cahaya mata anda ini akan merapatkan hubungan keluarga Aidil..