Memaparkan catatan dengan label Abby Fana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Abby Fana. Papar semua catatan

Disember 10, 2011

Gambar Dan Imej Terbaru Hajjah Abby Fana

Selepas

Inilah wajah dan imej terbaru Hajjah Abby Fana, pagi ini wajah beliau berkumandang dikaca TV3 dalam siaran MHI pagi tadi. Sekembali daripada mengerjaekan ibadat di Tanah Suci, wajah beliau nampak lain daripada sebelum beliau menunaikan ibadat.

Jika dulu aurat dikepala seanterio melihatnya, tapi kini semua itu hanya tinggal kenangan, malah beliau tampak cantik dah ayu bertudung pagi tadi. Bak kata orang "Sejuk Mata Memandang".

Namun ZOoM terfikir juga macam mana keadaan dan situasi Abby ketika di Konti nanti, adakah masih ceria dengan celotehnya atau pun sebaliknya.

SEBELUM :

Februari 06, 2011

Facebook Abby Fana Sinar FM Kena Hack !!

Pagi tadi semasa keluar minum pagi ZoOm terdengar Abby Fana bercerita mengenai akaun Facebook beliau yang disalah guna oleh orang lain yang berjaya mengodam akaun facebook Abby Fana.

Sekarang ini zaman yang moden dan canggih malah manusia dimuka bumi ini pun semakin cilik pandai dengan sistem komputer yang pada mulanya hanya segelintir sahaja yang mampu memecahkan kod dan program dalam komputer.

Bagi ZOOm salah satu sebab Facebook pernah kecoh nak tutup mungkin kerana fungsi Facebook yang mudah diceroboh kot..

ZoOm : Apa Kata Anda ?

Mac 07, 2010

(Cerita Artis) Abby Fana Selami Lelaki Yang Ditinggal Isteri


Selalu kita dengar si suami tinggalkan isteri, tetapi program yang dikendalikan oleh Abby Fana ini berlainan pula, ini kerana beliau sebagai pengacara akan cuba menyelami perasaan hati lelaki yang ditinggalkan isteri.


"TV3 berharap inisiatif program ini menerima sambutan yang baik dari para penonton khususnya golongan wanita dan golongan lelaki amnya HATI LELAKI adalah lebih peribadi yang membabitkan masalah dalam diri lelaki serta mampu menyentuh hati nurani penonton,” jelasnya.

Selama 13 episod bersiaran, Abby Fana akan membincangkan topik bersama tetamu undangannya di studio yang berinspirasi “lelaki” untuk mewujudkan suasana yang santai dan lebih tenang. Program tersebut turut menggunakan kamera tersembunyi bagi memudahkan tetamu untuk meluahkan rasa hatinya kepada pengacara tanpa kehadiran pihak ketiga.

Pelbagai topik akan diutarakan dalam Hati Lelaki antaranya menyelami perasaan lelaki yang ditinggalkan isteri, lelaki yang terperangkap dengan jiwanya sendiri, suami yang berhadapan dengan isteri yang main kayu tiga, dan macam-macam masalah lagi.
Saksikan program Hati Lelaki, setiap hari Rabu jam 11.00pagi bersama Abby Fana, di TV3