Memaparkan catatan dengan label Aaron. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aaron. Papar semua catatan

April 26, 2012

Kereta Nissan Skyline GTR R-35 dan Zizan, Mitsubishi Evo 10





Dengan rezeki yang diberikan kepada Aaron Aziz dan Zizan, akhirnya inilah hasilnya, Nissan Skyline GTR R-35 dan Mitsubishi Evo 10 (Kereta Idaman). Bak kata orang "Rezeki ayam nampak di kaki, tetapi rezeki manusia siapa yang tahu".

Kereta sport yang ZoOM rasa harga mencecah ratusan ribu ini sudah pasti tidak akan dikecapi tanpa usaha keras daripada artis yang terkenal ini.

Bagi anda yang ingin memilikinya, buatlah perancangan dan cuba kira kemampuan anda untuk memilikinya. Jangan hanya cukup-cukup untuk membayar ansuran bulanan sudahlah.

Dan dibawah ZoOM sertakan beberapa gambar kereta sport Aaron Aziz dan Zizan Raja Lawak untuk tatapan anda semua :

November 10, 2010

Gambar TErbaru Aaron Aziz Dengan Kereta Sport Mewah.

Kereta siapalah kat belakang Aaron tu, Ferarri tu nampak lambang pun dah tau; semoga murah rezeki artis daripada negara singapura ni.


Dah 10 tahun lebih juga Aaron mula menjadi artis yakni tahun 2002 beliau sudah berjinak-jinak dengan industri hiburan khasnya di Negara asal beliau MALAYSIA.

Oktober 12, 2010

Aaron Aziz Dijangkiti Virus Kencing Tikus

PETALING JAYA: Pelakon Aaron Aziz dimasukkan ke Pusat Perubatan Tropicana, Damansara dekat sini selama tiga hari bermula Khamis lalu selepas dipercayai terkena virus kencing tikus (Leptospirosis).

Disember 30, 2009

(Cerita Artis) Aaron Aziz Jadi Ustaz Dalam Filem Baru


Jika anda mengikuti perkembangan artis dari seberang ini, tentu anda akan perasaan yang beliau semakin diminati dan dikejar oleh pengarah dan penerbit di Malaysia.Mari kita ZoOm




Baca Selanjutnya

Watak-watak seperti gangster, komedi, jejaka romantis dan lelaki ego, semuanya pernah dibawakan oleh Aaron. Tidak dinafikan, pelakon yang merupakan wajah eksklusif Astro ini berjaya mencorakkan apa saja watak yang diberikan kepadanya dengan cukup berkesan.

Inginkan lebih banyak kelainan atau kepelbagaian di dalam watak-watak yang dibawanya, Aaron sanggup memikul cabaran untuk memainkan peranan sebagai seorang ustaz di dalam filem terbitan , dengan kerjasama De Baron Production dan Dr Movie Production berjudul Cempaka. Kata Aaron, ini merupakan kali pertama dia cuba membawakan watak 'alim' seperti itu.

"Ketika pertama kali saya ditawarkan watak ini, isteri saya, Diyana bertanyakan pada penulis skirp filem itu, Imran Ismail sama ada saya sesuai atau tidak memegang watak ustaz. Tetapi Imran menegaskan, sekarang ini memang sudah ramai pelakon yang membawakan watak 'ustaz muda', jadi tidak timbul isu sesuai atau tidak.

"Cuma sekarang ini, terserah kepada saya untuk mencorakkan watak itu nanti. Tetapi saya memang teruja untuk membawa watak ini, memang jauh berbeza dengan apa yang pernah saya lakonkan sebelum ini. Tambahan pula jalan cerita ini memang mempunyai mesej tersendiri. Sekaligus, watak tersebut juga mampu membawa keinsafan untuk diri saya sendiri," kata Aaron yang merupakan duta untuk produk L'oreal Men dan Celcom ini.

Filem suspense-thriller yang menelan belanja kira-kira RM3.5 juta ini akan memulakan penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Sik, Kedah awal bulan depan. Skripnya dihasilkan oleh Imran Ismail manakala pengarahnya pula ialah pelakon Hairi Othman.

Selain Aaron, filem ini akan dibintangi sendiri oleh pemilik Yasmin Khanif Production iaitu Yasmin sendiri, membawakan watak Cempaka, Hairi Othman, Iqbal Juara Pilih Kasih, Faizal Hussein, Suhaila Salam dan Azhar Sulaiman. Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan tentang perjalanan mayat bernama Hassan sebelum dikebumikan yang mana jenazahnya menempuh pelbagai halangan ketika diuruskan. Pada masa yang sama, ia juga memaparkan tentang kehidupan sosial Cempaka yang bergelumang dengan dosa.

Bagi menjiwai watak tersebut, ujar Aaron, memang dia perlu melakukan kajian yang lebih, terutamanya daripada segi sebutan ayat-ayat Al-Quran.

"Kalau berdasarkan skrip, watak ini tidaklah banyak sangat cabarannya. Tetapi apa yang perlu saya telitikan ialah dari segi sebutan ayat Al-Quran kerana watak ini memerlukan saya mengaji. Sebagai orang Islam, memang saya tidak ada masalah tentang mengaji, tetapi saya kena lebih berhati-hati dari segi sebutan...kena baca dengan betul," katanya yang bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi.

Apa kata anda mengenai artis Singapura ini ?

Oktober 17, 2009

(Filem) Sinopsis Pisau Cukur



Filem : Pisau Cukur
Genre : Komedi Romantik
Bahasa : Melayu
Pengarah : Bernard Chauly
Pelakon : Maya Karin, Nur Fazura, Aaron Aziz, Eizlan Yusof, Redza Minhat
Tarikh tayangan : 5 November 2009






Baca Selanjutnya

Cerita pasal Pisau Cukur:-

Pisau Cukur merupakan filem kedua arahan Bernard Chauly yang sebelum ini pernah mengarahkan filem Gol & Gincu dan juga diterbitkan Red Films.

Dalam pada itu, Bernard menjelaskan, filem ini sepatutnya memulakan penggambaran bermula pertengahan Julai lalu. Begitupun, dia berasakan adalah lebih baik ia ditunda hingga kedua-dua bintang utama filem ini menyudah terlebih dahulu dulu komitmen masing-masing.

Begitulah hebatnya penangan dua aktres wanita ini. Masakan tidak, pihak produksi sanggup menanti walaupun mengambil sedikit masa, asalkan Maya dan Fazura dapat berpasangan, lantas menjayakan perjalanan filem ini bersama.

Seandainya Maya sibuk dengan persiapan perkahwinan pertengahan Ogos lalu, Fazura pula masih terikat dengan penggambaran siri Ezora, siaran TV3 sebelum ini.

"Lalu, kami di Red Films mengambil keputusan penggambaran Pisau Cukur ditunda hingga selepas hari raya.



"Saya harapkan semua artis yang terbabit dalam filem itu dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada projek berkenaan.

"Penundaan itu juga memberi kami lebih masa memperkemas lagi apa-apa yang patut sebelum penggambaran sebenar bermula.



"Kini, semuanya berjalan seperti dirancang, malah kombinasi Maya dan Fazura benar-benar terserlah,"kata Bernard.

Antara pelakon lain yang turut membintangi Pisau Cukur ialah Aaron Aziz, Umie Aida, Datuk Rahim Razali, Liyana Jasmay, Sharifah Sofea, Khatijah Tan dan Nas-T.



Pada masa sama, beberapa muka baru turut diperkenalkan bagi memeriahkan skrin. Tidak dilupakan kemunculan istimewa Nabil Raja Lawak, Afdlin Shauki, Nabila Huda, Yasmin Yusuff dan Rafidah Abdullah.



Filem yang dibikin dengan kerjasama Grand Brilliance Sdn. Bhd. itu ditulis Rafidah Abdullah, wanita yang bertanggungjawab menghasilkan lakon layar untuk filem Gol & Gincu.

Pisau Cukur mengisahkan dua sahabat baik, Bella lakonan Maya dan Intan (Fazura) yang bercuti atas sebuah kapal peranginan, Puteri Duyung. Seorang daripada mereka sebenarnya mencari cinta, manakala seorang lagi melakukan penyiasatan.



Beritahu Bernard lagi, filem ini mengutamakan lakonan dan perkembangan watak. Walaupun mengambil Pisau Cukur sebagai judul, tetapi pada pengakhirannya, audiens akan membawa pulang pengajaran bermanfaat.

"Ia adalah kisah yang menyalur semangat untuk kita semua," cerita Bernard yang enggan mendedahkan lebih lanjut berhubung jalan cerita filem itu.



Sampuk Bernard, Pisau Cukur bakal muncul kepada peminat sebagai sebuah filem segar, bukan sahaja kerana gabungan pertama Maya dan Fazura, malah ia juga mengutara subjek wanita yang suka mengikis duit lelaki dan lokasinya pula di sebuah kapal peranginan.

Masih mengekalkan elemen urban dalam jalan penceritaan, Bernard cukup berkeyakinan bahawa filem yang bakal menjengah pawagam tahun depan ini, mampu menembusi pasaran lebih meluas.

Jelasnya, tiada sebarang garis kasar yang dapat memisahkan filem urban serta bukan urban pada pandangan peminat filem masa kini.

"Maknanya, setiap karya yang bermutu, pasti ia berupaya menghiburkan semua golongan khalayak, tanpa perlu dilihat pada fizikalnya," akhiri Bernard menjunjung maksud cukup bermakna.



Sinopsis Filem "PISAU CUKUR":

Apa yang akan terjadi bila mangsa dan pemburu sama-sama terperangkap di atas kapal percutian mewah? Dua orang gadis pisau cukur, Bella (lakonan Nur Fazura) dan Intan Bella (lakonan Maya Karin), bertembung dengan tiga orang Datuk, tiga orang isteri Datuk, dua orang anak Datuk, seorang detektif dan seorang peminat setia Bella. Siapakah yang memburu dan siapa pula diburu? Dalam pelayaran yang penuh kejutan dan kelucuan, apa pun boleh terjadi! Temui "PISAU CUKUR" di pawagam 5 November 2009.

PELAKON UTAMA

MAYA KARIN sebagai Bella
NUR FAZURA sebagai Intan
AARON AZIZ sebagai Ari
EIZLAN YUSOF sebagai Datuk Hisham
memperkenalkan REDZA MINHAT sebagai Faqir


PELAKON PEMBANTU

DATO RAHIM RAZALI sebagai Datuk Zakaria
KHATIJAH TAN sebagai Datin Wahidah
UMIE AIDA sebagai Naini
SHARIFAH SOFIA sebagai Sal
LIYANA JASMAY sebagai Suri
NAS-T sebagai Johan


PENAMPILAN KHAS

AFDLIN SHAUKI
NORMAN KRU
NABIL RAJA LAWAK
RADHI KHALID
RAFIDAH ABDULLAH
KARTINI ARIFFIN
NABILA HUDA
YASMIN YUSUFF
OTHMAN HAFSHAM
BERNICE CHAULY
ELAINE PEDLEY
HENRY GOLDING

Lagi Gambar-gambar produksi filem "PISAU CUKUR" di laman web www.pisaucukur.com.


Oktober 16, 2009

(Gossip) Fazura bercium dengan Aaron Aziz !!!


BERIKAN apa saja watak buat pelakon jelita ini, dia pasti mampu mencorakkannya dengan baik dalam cara tersendiri. Begitu juga yang boleh disaksikan menerusi wataknya sebagai Intan Mastura di dalam filem, Pisau Cukur.

'Kegedikan' Fazura menerusi karektor itu ternyata menghiburkan penonton-penonton yang hadir pada sesi tayangan gala filem arahan Bernard Chauly itu, di Cathay Cineplex, Damansara, kelmarin.






Baca Selanjutnya

Ramai yang juga tidak menyangka aktres berusia 26 tahun ini sememangnya mampu membawakan watak komedi dengan baik. Ditemui sejurus berakhirnya majlis itu, Fazura sendiri akui, membawakan watak sebagai 'pisau cukur' tidak semudah yang disangkakan.

"Saya akui, ini adalah lakonan terbaik saya setakat ini. Mungkin ramai yang merasakan karektor ini sangat ringan, tetapi sebenarnya tidak. Watak Intan ini memerlukan saya jadi seorang yang lincah.

"Saya perlu bekerja keras untuk watak ini dan turut menghadiri bengkel lakonan yang dibuat bersama pelakon-pelakon filem ini.

"Pada masa yang sama, saya turut membuat kajian sendiri berdasarkan filem-filem luar berkaitan 'pisau cukur' yang saya tonton serta apa yang saya saksikan sendiri di sekeliling saya," kata Fazura.

Turut membintangi filem yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 5 November ini antara lain ialah Maya Karin, Eizlan Yusof, Aaron Aziz, Shahredza Minhat, Umie Aida, Sharifah Sofia, Datuk Rahim Razali, Liyana Jasmay dan Nas-T.

Secara ringkasnya, filem terbitan Red Communications ini mengisahkan tentang dua gadis 'pisau cukur' iaitu Intan dan Bella (Maya) yang suka 'memburu' lelaki-lelaki yang memiliki kemewahan.

Intan dan Bella yang pergi bercuti di atas sebuah kapal percutian mewah kemudiannya berdepan dengan kisah dan konflik masing-masing.

Bella cuba memikat Datuk Hisham (Eizlan) dan pada masa yang sama gadis itu turut diminati oleh Faqir (Shahredza).

Intan pula terjebak di dalam kes penyiasatan kematian Datuk Zakaria (Rahim Razali) di atas kapal itu bersama dengan seorang penyiasat persendirian, Ari (Aaron Aziz).

Membawakan watak sebagai seorang gadis pisau cukur, Fazura tidak terlepas dengan tanggapan banyak pihak yang mengaitkan dirinya juga tidak jauh berbeza dengan watak tersebut.

"Saya tidak bimbang jika orang cakap saya adalah pisau cukur. Saya malas ambil pusing benda-benda macam itu," ujarnya, ringkas.

Ditanya tentang pengalamannya membintangi filem ini, kata Fazura, dia amat menyukai semua babak yang ada di dalam filem tersebut.

Namun, satu babak yang benar-benar mencabar buatnya ialah ketika adegan yang menunjukkan seolah-olah dia hampir 'dicium' oleh Aaron Aziz.

"Memang susah sangat ketika adegan tersebut. Gementar pun ada juga pada awalnya. Tapi kami asyik ketawa saja sehingga menyukarkan lagi penggambaran untuk babak itu.

"Apapun, pengalaman bekerja dengan semua pelakon terlibat memang menyeronokkan. Malah, saya seronok dapat bergandingan dengan Maya Karin. Kami sama 'kepala' dan senang bekerjasama dengannya," tutur pelakon kelahiran Pekan, Pahang, ini.

Zoom Komen: Jangan Marah ya, Hampir jer..!!! Zoom tabik Spring kat Fazura dan Maya Karin dalam Filem ni, zoom dah tengok triler filem ni. Best juga untuk anda-anda yang pisau cukur..Jangan Marah gurau jer !!!

September 18, 2009

(Celebrity News) Aaron Tunjuk Bakat Menyanyi !!!!


SI kacak ini tidak mampu menyembunyikan perasaan gementarnya apabila harus melantunkan vokalnya di khalayak ramai.

Masakan tidak, bakatnya hanyalah di dalam bidang lakonan dan baginya, dunia nyanyian merupakan sesuatu yang cukup asing.

Namun apabila mengenangkan ia hanyalah peluang sekali dalam seumur hidup untuk mempamerkan bakat nyanyiannya, Aaron Aziz akhirnya tunduk mengalah.

Buat pertama kalinya, peminat setia pelakon kelahiran Singapura ini akan dapat mendengar suaranya secara eksklusif menerusi rancangan Mega Raya Astro.

Bukan hanya Aaron, program yang turut menghimpunkan semua wajah eksklusif Astro itu akan disiarkan esok (19 September) menerusi Astro Ria (saluran 104, Astro) pukul 11 malam.

“Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa gemuruhnya saya untuk menyanyi di depan penonton.

“Saya memang tidak biasa dan langsung tidak pandai menyanyi sehinggakan saya rasa sungguh malu.

“Namun, selepas tamatnya rakaman program tersebut, ternyata penonton yang hadir menerima bakat saya seadanya,” cerita Aaron sambil ketawa sebaik sahaja selesai rakaman Mega Raya Astro di Wisma Ali Bawal, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Menerusi program itu, Aaron telah menyampaikan lagu klasik, Balik Kampung yang dinyanyikan secara duet bersama pengacara saluran Astro Ceria, Zoey.

Zoom komen: Pandai juga si Aaron menyanyi, ada sapa2 kat sini rakam si Aaron ni menyanyi.Selalu Zoom tengok dia ni berlakon jer..!!