Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai status hubungan mereka yang dikatakan semakin intim sejak akhir akhir ini.
“Benar cincin itu adalah pemberian Jue sendiri kepada saya,” kata Zizan kepada Mynewshub.my di sini hari ini.
Kemesraan antara Zizan dan Juliana ketika sesi tayangan, Mael Lambong Selasa lalu menggambarkan kebahagiaan mereka. Namun, apabila ditanya mengenai status perhubungan mereka, keduanya menegaskan hanya berkawan rapat dan ‘sekepala’.
Bagaimanapun, Zizan dan Juliana atau mesra di sapa Jue, sekali lagi ‘terkantoi’ dengan beberapa media yang sedang menemu bual mereka, apabila pasangan yang pernah digandingkan menerusi filem, Hantu Bonceng ini memakai cincin yang sama. Tatkala sedar sudah ‘terkantoi’,
Zizan cepat-cepat bangun lalu menanggalkan cincin tersebut dan menyerahkan kepada pengurusnya, manakala Jue hanya tersipu-sipu dan mengatakan cincin mereka berlainan sedikit.
Jue yang sedang dalam cuti semester, sudah berada di Malaysia semenjak tiga minggu lalu dan akan kembali semula ke Amerika Syarikat (AS) pada Ogos nanti.
Gambar Pasangan Ini daripada kakak dan abang Google Images :
Sumber: Mynewshub.my
ZoOM : Suka tengok pasangan ini, kalau mereka berkahwin ZOOMlah akan keluarkan artikel/post mengenai mereka selama seminggu kot :)
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis