“Saya rasa kelakar bila pertama kali membaca gosip tersebut. Nak marah pun tak boleh, tapi sejujurnya saya terkejut dengan penyebaran gosip ini sebab mereka tak selidik dulu perkara sebenar,” ujar Jue ketika ditemui di lokasi penggambaran telemovie, ‘Mencari Wali’, baru-baru ini.“Ramai yang bertatu waktu itu dan tatu yang dipakai hanyalah tatu ‘Henna’ saja, bukan tatu betul pun. Kami saja buat sebagai kenangan di sana, itu saja. Bagi saya, penyebar gosip ini hanya tokok tambah cerita saja,” ujar Jue yang memegang watak sebagai Hawa dalam telemovie sulung arahan Rahizal Razi.
“Bagi saya, benda ini isu kecil saja. Kami pergi bercuti beramai-ramai dalam enam orang dan kami ke sana hanya untuk berseronok saja. Saya yang paling tua dalam kumpulan itu dan semua yang pergi saya anggap macam adik-adik saya saja.
“Bila saya solo, janganlah suka-suka asyik gosipkan saya dengan sesiapa. Saya dah muak apabila Jue Aziz sering dikaitkan dengan orang itu dan orang ini. Penting sangat ke isu ini, saya rasa cukup-cukuplah. Walau bagaimanapun, siapa yang tak nak berkahwin, insyaAllah, doa-doakanlah saya. Saya tak memilih dengan siapapun, saya redha dengan jodoh saya.”
Tambah Jue lagi, “Jika tak ada aral melintang, insyaAllah saya rancang nak mengambil anak angkat. Seorang budak perempuan mungkin akan beri anak yang dikandungkannya sekarang selepas bayi itu dilahirkan pada Disember nanti. Ini bukan trend ambil anak angkat, tapi saya memang sunyi sekarang. Saya memang serius nak menjaga bayi itu dan saya juga merancang nak menyusukan dia kelak.”
ZoOM : Kesian dekat Jue...dah kena gossip lagi dengan lelaki bertatu, tapi bagi ZoOM gambar seksi tu kurangkanlah sikit ye..ingatan sesama umatnya je.Insyallah
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis