Mac 05, 2012

Petua Memikat Hati Suami Anda

1. Sentiasa jaga penampilan....

Isteri perlu jaga penampilan tidak kira ketika berada di dalam atau di luar rumah. Jangan hanya ketika mahu ke pejabat, penampilan bergaya tetapi apabila pulang seperti pembantu rumah. Biarlah suami melihat diri kita sama seperti sebelum keluar rumah. Bukanlah bermakna perlu bermekap tebal, tetapi eloklah sekadar kemas dan sedap mata memandang. Jika anda sebagai suri rumah, penampilan juga perlu dijaga agar tampak kemas dan menarik di mata suami.

2. Tidur bersama....
Anda dan pasangan perlu sentiasa tidur bersama biarpun anak sudah ramai. Anda juga begitu digalakkan tidur dilengan suami atau dibawah ketiaknya sambil dia akan mendodoikan anda dengan manja dan mesra.

3. Kurangkan aktiviti di luar....

Jika selama ini anda sering keluar melakukan aktiviti sosial bersama teman-teman, apa kata anda cuba kurangkan aktiviti berkenaan. Kebanyakkan suami tidak suka isteri terlalu banyak melakukan aktiviti luar hingga mengabaikan soal rumah tangga.

4. Bersikap lemah lembut dengan pasangan......
Lelaki juga gemar jika pasangannya bersikap lemah lembut dan bersopan. Layani suami dengan baik kerana mereka sebenarnya gemar dimanja dan disayangi. Jika berlaku pertengkaran pun, anda diingatkan supaya jangan melawan sebaliknya mendengar apa yang mahu diperkatakan.

5. Penuhi tanggungjawab sebagai isteri....
Anda perlu memainkan peranan sebagai seorang isteri. Penuhi keperluannya seperti memasak, menggosok baju, mengemas rumah dan menjaga anak-anak. Jika tidak pandai memasak, belajar memasak kerana mahu menawan hati suami adalah melalui perutnya. Jika anda boleh menyediakan masakan kegemarannya, pasti suami tidak akan beralih arah mencari yang lain.

6. Kreatif mencipta suasana di rumah......
Jadikan kediaman anda sentiasa ceria dan gembira. Apa salahnya sekali sekala anda membuat kejutan dengan mengadakan majlis hari jadi suami. Jemput teman-teman untuk memeriahkan majlis.

7. Sentiasa bersedia melakukan hubungan intim......
Sebagai isteri yang baik, anda perlu sentiasa bersedia jika diajak melakukan hubungan intim oleh suami. Jangan sesekali menolak biarpun anda keletihan atau sedang menguruskan sesuatu. Anda perlu ketepikan semua itu dan berilah layanan paling istimewa kepada suami.

8. Bijak dan bersedia berbicara isu semasa......
Lelaki juga gemar jika pasangannya seorang yang bijak dan boleh dibawa berbual mengenai isu semasa. Ketika meluangkan waktu santai bersama suami, bualkan perkara baru dan suami pastinya akan kagum dengan kehebatan dan kebijakan anda tatkala membincangkan pelbagai isu dan topik semasa dengannya.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!