"Nasi sudah menjadi bubur", itulah yang boleh dikatakan dan jika berita ini benar dan didapati pemandu peribadi beliau yang bersalah. Memang sahlah pemandu tersebut memakan tuannya sendiri yang menaruh kepercayaan terutamanya melibatkan duit atau harta yang mahal.
Inilah yang berlaku kepada pelakon yang sudah menyepikan diri dalam dunia artis yakni Zahida Mohamed Rafik yang kerugian duit RM 200,000.00 kerana dilesapkan oleh pemandu peribadinya.Dan berikut jawapan beliau apabila ditanya oleh wartawan mengenai kehilangan duit beliau :
Zahida berkata wang RM200,000 itu sepatutnya digunakan untuk membuat pembayaran kepada rakan perniagaannya di China.
“Saya percayakannya sebab dia sudah bekerja dengan saya hampir lima tahun dan sebelum ini tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan,” katanya.
“Sebelum ini sudah banyak kali dia (suspek) membantu saya dalam urusan memasukkan duit ke dalam akaun bagi urusan kerja, tapi tidaklah jumlah yang besar sebegini. “Kebiasaannya saya akan turut sama pergi dan dia hanya menemani. Namun, kali ini saya benar-benar tidak sempat kerana ibu sakit dan saya agak kelam-kabut di rumah bagi menguruskan beberapa perkara,” katanya. Menurut Zahida, dia langsung tidak menjangka pemandunya sanggup menghilangkan diri bersama wang RM200,000 itu.Moral : Jangan mudah percaya dengan orang yang rapat dengan kita, terutamanya yang melibatkan harta anda .
“Sebelum membuat laporan polis, saya ke rumahnya. Maklumlah sudah hampir lima tahun dia bekerja dengan saya, saya kenal anak-anak dan ibunya yang tinggal bersama. “Mungkin juga dia ada masalah kewangan atau memerlukan duit, jadi saya ke rumahnya untuk bertanya dan berbincang. Namun ibunya hanya memberitahu dia sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah. Jadi, saya tiada pilihan selain melaporkannya kepada polis,” katanya
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis