Mac 03, 2012

Fauzi Nawawi Ugut Seorang Pengurus Produksi Wanita

Daripada apa yang ZoOM baca dibawah memanglah Fauzi bersalah sebab meminta duit secara keras, dan mungkin kerana sifat keras wanita tersebut yang berdolak dalih menyebabkan perkara tersebut berlaku. Tetapi ia hanya andaian kerana perkara sebenarnya hanya mereka yang tahu.(sama-sama kita tunggu dan lihat).

Namun kalau ZoOM dipihak Fauzi pun akan bertindak sedemikian kerana ia melibatkan duit yang banyak dan disaat seseorang yang memerlukan. Semoga Fauzi bersabar dengan dugaan yang datang kerana laporan polis sudah dibuat oleh wanita tersebut.

Dan berikut berita mengenai gossip panas mengenai HUTANG ini, anda bacalah sendiri dan buatlah kesimpulan sendiri ye.

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus produksi wanita berusia 25 tahun dan rakan sejawatnya membuat laporan polis mendakwa pelakon popular yang juga pengarah, Fauzi Nawawi mengugut untuk mencederakannya selain merampas kereta miliknya dalam kejadian di pejabatnya di Wangsa Melawati, Ampang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa mendakwa Fauzi dan beberapa rakannya menaiki empat kereta pergi mencarinya di rumah.

Mangsa yang enggan namanya disiarkan berkata, dalam kejadian itu, Fauzi bertindak di luar kawalan dengan memberi banyak ugutan terhadapnya sedangkan perselisihan yang berlaku bukanlah disebabkan hutangnya dengan pelakon berkenaan sebanyak RM14,000.

“Memang kami ada berhutang dan belum melunaskan separuh daripada bayaran pelakon termasuklah RM14,000 membabitkan Fauzi, tetapi mereka harus faham lambat laun kami akan melangsaikan juga hutang itu dan tidak pernah sesekali melarikan diri.

“Untuk pengetahuan, kami baru saja melunaskan bayaran RM28,000 kepada seorang warga Iran itu dan akan melangsaikan semua baki hutang kepada semua terbabit termasuk Fauzi dalam masa terdekat,” katanya enggan mengulas lanjut mengenai jenis ugutan diterima daripada Fauzi dan rakan-rakannya ketika dihubungi, semalam.
ZoOM : APa-apa pun Jangan Sampai makan diri, sebab kita ada undang-undang, dan pihak wanita..ada duit bayar habis ye :)
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!