Andika atau nama sebenarnya Maesa Andika Setiawan mengakui berasa canggung dan bimbang kerana sudah lama tidak muncul di depan khalayak.
“Saya berasa gembira kerana dapat kembali bekerja bersama teman-teman dan peminat. Tapi saya akui memang gementar dan canggung.
“Saya berasa bertuah kerana masih dinantikan oleh peminat selepas kesukaran (dipenjara) yang dilalui. Sudah lama tidak berdepan peminat,” katanya yang ditemui bersama kumpulannya selepas tampil pada program Dahsyat, di sini, baru-baru ini.
Menariknya, ada beberapa perubahan pada wajah lelaki ini.
Selain wajahnya kelihatan lebih bersih dan tubuh badan yang semakin berisi, Andika juga tampil dengan imej baru yang lebih bergaya berbanding sebelum dia dipenjarakan dulu.
Pada program itu, Andika muncul dengan imej yang ranggi seperti bintang Korea dan kelihatan lebih menyerlah daripada anggota kumpulan yang lain. - KAPANLAGI
ZOoM : Semoga pengalaman pahit yang dilalui selama setahun akan menjadi pengajaran. Mulakan hidup baru demi masa depan yang cerah.
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis