Ini berita yang ZoOm baca di Mynewshub mengenai kemalangan maut pagi tadi yang melibatkan bas daripada Genting ke KL. Dan berikut berita yang dimaksudkan :
KUALA LUMPUR – Sebuah bas dalam perjalanan dari Genting Highands menuju ke Kuala Lumpur terbalik di kawasan bahu jalan di Kilometer 4.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat sini hari ini.
Dianggarkan terdapat 24 penumpang di dalam bas berkenaan ketika kejadian.
Jurucakap polis Bentong ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan dimaklumkan kemalangan itu berlaku kira-kira 8 pagi.
Berdasarkan laporan awal, dua orang dilaporkan maut manakala lebih 20 orang cedera.
Semua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang.
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!
Follow @zoomartis