Februari 10, 2012

Sharnaaz Dan Shila Amzah Mengaku Sedang Bercinta


Akhirnya pasangan kekasih ini tampil menjawap gossip diluar sana yang mengatakan mereka sedang bercinta, semoga dengan pengakuan mereka ini akan melenyapkan kisah mereka sedang menanam benih indah.Kalau betul apa salahnya kan...peminat tidak akan lari jika anda berterus terang cuma melepas je :).

Dan berikut beberapa ayat yang keluar daripada mulut pasangan ini apabila ditanya oleh wartawan :
"Benar, kami sedang bercinta dan proses hubungan ini baru sahaja bermula. Shila seorang yang sangat memahami diri saya.

"Selain itu dia sering memberi sokongan dalam setiap perkara yang saya lakukan. Paling penting dia mampu membuat saya berasa tenang dalam apa jua keadaan," katanya.

"Saya sudah berumur 27 tahun dan sudah tentu ada terfikir untuk berkahwin tapi perlu diingat, berkahwin ini bukan perkara main-main. Kami masih dalam proses saling mengenali.

"Tetapi saya tidak memberi tekanan kepada diri mahupun Shila tentang hal ini. Begitu juga dengan keluarga kami, mereka tidak pernah mendesak," ujar Sharnaaz.
Beritahu Shila pula, walaupun umur Sharnaaz sudah sesuai untuk bergelar suami, penyanyi muda itu mengakui dia belum bersedia daripada segi mental dan fizikal.
"Perkahwinan adalah satu tanggungjawab yang cukup besar dan kalau boleh saya mahu mempersiapkan diri untuk menempuh fasa itu kerana ingin memberikan yang terbaik sebagai seorang isteri.
 
"Biarlah kami betul-betul bersedia. Doakan agar perhubungan kami berkekalan dan menuju ke arah kebaikan,” tutur Shila.


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!