Penyanyi lagu Hips Don’t Lie itu memuat naik gambar-gambar insiden yang berlaku ketika dia sedang bercuti pada hujung minggu lalu di Cape Town, Afrika Selatan itu di dalam blognya.
“Pada tengah hari ini saya melawat beberapa ekor singa laut dan anjing laut di zoo. Saya teringin untuk mengambil gambar-gambar haiwan itu kerana kecomelan mereka, lalu saya cuba mendekati mereka dengan menuruni kawasan batuan di situ.
“Secara tiba-tiba, seekor singa laut melompat keluar dari air dan menuju ke arah saya dengan jarak antara kami hanya satu kaki sahaja. Ia merenung tajam dengan wajah yang bengis, mengaum dalam keadaan yang marah dan cuba menggigit saya.
“Semua pengunjung termasuk saya menjerit ketakutan. Saya terpaku dan tidak mampu untuk bergerak pada saat-saat cemas itu sementara abang saya ‘Super Tony’ datang mengalihkan saya daripada haiwan itu. Tangan dan kaki saya bercalar kerana terlanggar batu ketika mahu melindungi diri daripada diserang.
“Saya percaya haiwan itu keliru dengan bayangan telefon bimbit Blackberry yang saya gunakan untuk mengambil gambar dan menyangka ia adalah ikan. Ia sangka saya mengusiknya dengan makanan,” katanya dalam entri blog itu.
Tidak lama selepas itu, Shakira memuat naik pula gambarnya bersama beberapa ekor penguin di dalam blog yang sama. Dia menulis: “Hari ini saya bergambar dengan beberapa penguin yang lebih peramah!” -
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis