Bahan-bahan:
1 kg beras Basmati
50 gm jintan putih - digoreng dengan sedikit minyak
2 sudu kecil serbuk jintan manis
40 gm kismis
1 batang lobak merah - dipotong dadu
2 tangkai daun sup - dikerat 2 cm
20 gm bawang goreng
1/2 cawan susu air
Air rebusan ayam secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan menumis:
5 ulas bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
3 cm halia - dimayang
1 tangkai cili hijau - dibelah dua
1 tangkai cili merah - dibelah dua
2 helai daun pandan
5 cm kulit kayu manis
4 manis buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 sudu besar minyak sapi
Cara Menyediakan:
1. Beras disukat kemudian dibersihkan dan ditus. Dengan menggunakan
bekas yang sama, sukat pula air rebusan ayam untuk memasak nasi.
Ketepikan. Sukatan air dan sukatan beras mestilah sama.
2. Panaskan minyak sapi dan tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih. Kacau hingga naik baunya.
3. Masukkan bahan-bahan yang dimayang, cili merah, cili hijau dan daun pandan. Kacau hingga layu.
4. Masukkan jintan manis dan kacau lagi sehingga harum dan hilang bau rempah.
5. Masukkan beras, lobak merah, garam dan gula. Kacau dan biarkan hingga mendidih.
6. Bila kering air, kecilkan api dan tutup periuk. Jika perlu alaskan
periuk dengan tin untuk mengelakkan nasi berkerak atau hangit. Biarkan
hingga nasi masak.
7. Masukkan kismis dan daun sup kemudian gembur nasi hingga rata.
8. Semasa menghidang, taburkan bawang goreng dan jintan putih yang digoreng.
Suka Resepi Ini ClickLah Like @ Share !!
Follow @zoomartis