Januari 31, 2012

Penulis lirik lagu Awan Nano, Hasmi Hashim atau Buddhi Hekayat Ahli Politik Keadilan

Walauapa pun kata orang dan presepsi yang ditujukan kepada beliau, penulis lirik Awan nano Buddhi Hekayat tidak gentar dan akan berundur dalam berkarya. ZoOm tabik dekat beliau kerana dalam kesibukan beliau dengan hal-hal diluar sana sempat juga menghasilkan karya yang menarik sehingga dinobatkan sebagai Juara.


Hasmi kini memegang jawatan sebagai Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parit Sulong, Johor.

Menurut penulis lirik itu, dalam berkarya apa yang menjadi keutamaannya ialah menyampaikan mesej berunsur kemanusiaan dan mampu memberi kebahagiaan kepada orang lain yang mendengarnya.

"Seni masih lagi medium terbaik untuk saya menyampaikan mesej kemanusiaan.

Justeru katanya, lagu Awan Nano yang bermaksud 'pelindung' dan
karya-karyanya yang lain turut mempunyai unsur-unsur kemanusiaan selari dengan prinsip penulisannya.

Lirik lagu tersebut katanya dicipta lebih kurang tiga tahun yang lalu sebelum diserahkan kepada komposer.

Lagu itu dinyanyikan oleh juara Akademi Fantasia Ke-7, Hafiz turut mengungguli dalam kategori vokal terbaik. Melodi lagu tersebut adalah ciptaan komposer terkenal M.Nasir.

Hasmi berkata, beliau sebenarnya sudah terlibat dalam bidang seni dan penulisan bukan baru tetapi kira-kira 15 tahun yang lalu dan tidak menganggap berpolitik sebagai halangan untuk berkarya.

"Kerja seni saya melampaui parti dan saya tak jadikan parti sebagai halangan.

"Parti sebagai wadah untuk saya bergerak, itu sahaja," katanya.

Sebelum Awan Nano, pemuda berusia 36 tahun ini pernah menulis lagu untuk kumpulan Spider berjudul 'Ajaib' dan banyak mempelajari tentang teknik penulisan lirik daripada arwah Loloq.

Beliau juga banyak menghasilkan karya-karya untuk kumpulan muzik bebas selain mengisi ruang Sastera Budaya, Berita Harian (1998-2001), portal Kakiseni dan Jalantelawi.com.

ZoOM : Pembetulan...nama sebenar Hasmi Bukan Nasmi :) ..Mstar Online salah info

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!