Disember 23, 2011

Datuk Ramli MS Berpindah Daripada Hotel Selepas 10 Tahun


Menakjubkan dan tidak ramai orang diluar sana mengetahui bahawa Datuk Ramli Mohamed Salleh atau Ramli MS tinggal di Hotel selama 10 tahun. Kos yang ditanggung olehDatuk Ramli MS sudah tentu anda dapat memikirkannya berapa banyak yang telah dibelanjakan untuk penginapan 10 tahun di Hotel.

Dan berikut beberapa sebab yang Datuk Rami MS ingin katakan mengenai perpindahan beliau :

Ramli berkata, sudah sampai masanya untuk dia memikirkan masa depan dengan memiliki sebuah rumah yang selesa agar dapat tinggal bersama ibunya yang masih lagi menetap di Singapura.

"Antara sebab saya tinggal di hotel selama ini kerana kemudahan yang disediakan memudahkan saya yang sentiasa sibuk menguruskan kerjaya seni dan tidak perlu nak
fikir tentang masalah rumah bersepah, keselamatan dan sebagainya.

"Bagaimanapun, saya juga perlu memikirkan tentang masa depan. Insya-Allah saya akan membawa ibu bersama-sama untuk berpindah sekitar bulan Januari atau Februari akan datang," katanya ketika ditemui di hotel penginapan di sini.

Dan apabila ditanya dengan wartawan Ramli MS menidakkan gossip panas mengenai beliau digossipkan dengan Alyah suatu ketika.Dan berikut jawapan beliau :

Dalam pada itu, Ramli menafikan sekeras-kerasnya bahawa perpindahan tersebut dibuat kerana bakal menamatkan zaman dudanya dalam masa terdekat ini.
"Sikap saya lain, banyak perkara yang perlu diuruskan dulu seperti anak-anak, kerjaya dan urusan pembelian rumah baru. Jadi saya tak terfikir pun untuk berkahwin dalam buat masa ini.
"Tapi semestinya saya mahu kahwin satu hari nanti," selorohnya.


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!