Julai 04, 2011

Party filem Awek Aku Pontinak - Blogger Budiey adalah salah seorang penganjur | Sinopsis Awek Aku Pontianak

ZoOm tabik spring dekat abang Budiey kita ni, dalam banyak-banyak penulis blog yang ZoOM hormat dan kagumi dalam dunia maya sehingga hari ini. Dan beliau merupakan sumber inspirasi buat ZoOm untuk berkecimpung dengan serius dalam dunia Blogger.

Penulisan dan input yang sempurna daripada beliau sering menjadi perhatian masyarakat yang tahu kewujudan laman blog Budiey yang banyak berkisar kepada perjalanan seni artis di Malaysia.

Tidak dinafikan Blogger adalah salah satu inisiatif yang boleh digunakan untuk menampung kehidupan dikota seharian jika anda pandai menggunakannya sebaik mungkin. Mungkin ramai yang tidak percaya tetapi bagi yang sudah merasainya sudah pasti anda ingin lebih lagi.Dan tidak mustahil pendapatan anda akan mencapai 4 angka dalam masa 2 tahun. Dan untuk pengetahuan anda setiap bulan ZoOm akan terima 3 angka daripada pihak pengiklan, tetapi target ZoOm untuk tahun ke 3 ialah 4 angka. "Wish Me".


Berbalik kepada filem " Awek Aku Pontianak", sinopsis filem ini adalah seperti dibawah :


Sinopsis

Percintaan dua dunia berbeza… Sebuah filem komedi seram yang mengisahkan Bob, berperwatakan lurus bendul dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat periklanan, di bawah penyeliaan Faizal. Selepas berpisah dengan teman wanitanya (Ina), Bob dan kawannya, Pian berpindah ke sebuah apartment lain. Kehidupan baru Bob bermula selepas berpindah dan bertemu dengan dua beradik iaitu Maya dan Liyana. Pada mulanya Liyana tidak menyenangi kehadiran Bob dan Pian kerana takut identiti mereka terbongkar.
Namun selepas menguji Bob, mereka mengakui bahawa Bob tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Sejak itu, mereka berempat menjadi kawan baik. Hubungan Bob dan Maya pula bertambah rapat selepas insiden beg Maya diragut. Selepas bertemu Maya di rumah Bob, Faizal melamar Maya untuk bekerja di syarikatnya. Faizal cuba memikat Maya, namun hampa. Kemudian Faizal berpakat dengan Kamal untuk menakutkan Maya. Tetapi berlaku sebaliknya, Faizal dan Kamal pula yang ketakutan setelah dikacau oleh pontianak. Faizal mula curiga dengan kehadiran Maya dan menyuruh Kamal mencari bomoh untuk menyiasat kehadiran pontianak dipejabatnya.
Faizal menyatakan keraguannya tentang Maya kepada Pian dan mereka berpakat untuk membongkar identiti Maya dan Liyana. Di parti yang diadakan oleh Faizal, mereka melakukan pelbagai cara untuk membuktikan Maya dan Liyana adalah pontianak. Benarkah Maya dan Liyana pontianak? Dan apa pula hubungan Nadia dengan dua beradik itu? Semuanya akan terjawab dalam filem `Tolong! Awek Aku Pontianak!’.
Pengarah
James Lee

Lakonan

Zahiril Adzim,Sazzy Falak,Liyana Jasmay,Nurul dan Rashidi Ishak
Tarikh Tayangan
07 Julai 2011

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!