Jun 27, 2011

Bola Sepak : Polis Vs Banduan

Pada suatu hari, satu perlawanan bola sepak telah diadakan di antara polis dan banduan yang ditangkap kerana kesalahan merompak, mencuri dan menyeluk saku. Perlawanan tersebut telah diadakan di padang bola sepak Penjara Sungai Buloh. Perlawanan separuh masa pertama telah menyaksikan pasukan polis sedang mendahului pasukan banduan dengan jaringan 3-0.

Ketika waktu rehat, jurulatih pasukan banduan sangat marah dan bengang dengan pasukannya itu kerana aksi yang dipamerkan tidak memuaskan.

Jurulatih: “@#$%!! polis yang tak tahu main bola tu pun korang tak boleh nak kalahkan ke ar..?!! Tak tahu main bola ke..?!!! Agaknya korang ni tahu merompak, mencuri dan menyeluk saku je agaknya…!“

Banduan: “Habis tu nak buat macam mana..??“

Mereka semua terdiam seketika. Tiba-tiba seorang banduan berkata.

Banduan: “Tak pe..lepas ni kita semua main kasar. Apa nak jadi..jadi lah. Janji kita dapat jaringkan gol dan menang.“

Jurulatih: “@#$% la ko ni..! Mana boleh macam tu..nanti tak pasal-pasal korang semua kena kad merah.”

Banduan: “Takkan kena..saya jamin pengadil takkan bagi kami semua kad kuning atau kad merah..“

Jurulatih: “Kanapa Pulak???“

Banduan: “Sebab saya dah curi semua kad kuning dan kad merah dari pengadil tu…termasuk wisel dia sekali….“

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!