Kad Kahwin Ala Facebook
Tidak hairanlah jika beliau bertemu jodoh dengan bakal isteri dalam dunia maya sebab setahu ZoOM Zed memang suka duduk surf depan pc/laptop/netbok dll especially kalau bersembang dengan kawan-kawan. Dia
ni memang tak kisah nak berkawan dengan siapa, but last jumpa di masa buat Gath di rumah Owner website JIWANG di Seremban. ( Teringat Zaman muda-muda dulu )
OK lah kita lupakan zaman ZoOM dulu sebab kita nak share cerita Zed dengan bakal isteri beliau ni. Untuk pengetahuan anda majlis akad nikah akan diadakan di Restoran Felda Villa dan majlis diadakan di Dewan perdana Felda jalan Semarak KL kot.
Dan berikut serba sedikit cerita Zed Mengenai bakal isteri beliau yang bernama Natalia Mustafa Kamal :
Bercerita tentang detik perkenalannya dengan wanita tersebut yang juga ahli perniagaan, Zed memberitahu mereka bermula sebagai rakan Facebook sehinggalah kemudian bertukar menjadi rakan perniagaan sebelum hadirnya bibit-bibit cinta.
“Kami kenal di laman sosial Facebook sejak tahun 2008. Selepas itu saya tolong dia usahakan perniagaan dalam talian miliknya.
“Pada asalnya kami hanya rakan biasa sahaja sehinggalah selepas menunaikan umrah tahun lalu, saya mendapat petunjuk dialah calon yang paling sesuai untuk saya,” katanya.
“Dia sangat memahami kerjaya saya sebagai pelakon kerana dia pun dahulu pernah bekerja di TV3.
“Lagipun dia antara kawan yang sentiasa ada di sisi saya serta sanggup mendengar masalah saya,” ujarnya.
ZoOM : Dengar khabar nak buka restoran makanan...ZoOM nak redah la...nak juga tengok bini kawan lama ni ..:) Apa lagi Komen la lepas baca !!!! :)
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!