Februari 01, 2011

Sistem MEPS di Bank Down !!

Petang tadi ZoOm ingin mengeluarkan sejumlah wang disalah satu cawangan bank yang berlainan daripada kad bank yang ZOom ada. Macam biasa ZoOm masukkan kad dan pin, namun setelah beberapa minit ZoOm terkejut kerana ada mesej yang mengatakan tranksaksi gagal.

Lepas tu bagilah peluang dekat akak kat belakang ZoOm untuk mencuba nasib sebab setahu ZOOm baki dalam akaun mencukupi daripada jumlah yang ingin ZoOm keluarkan. Tak sampai  beberapa minit akak tadi pun mengeluh dan perkataan yang keluar dari mulut akak tu, " Rosak ATM ni Dik". Dah agak dah mesti ada yang tak kena dengan ATM tu.

Nak dijadikan cerita dan ZoOm perlu keluarkan duit daripada ATM terpaksalah berjalan ke bangunan di seberang untuk mengeluarkan duit dari akaun. Tiba-tiba ada seorang hamba Allah memberitahu sistem MEPS tidak dapat digunakan sejak beberapa hari dan jika ingin mengeluarkan duit daripada ATM yang sama
dengan kad bank. Akhirnya dapat juga ZoOm keluarkan duit daripada bank !!! GERAM tapi nak buat macam mana kita cuma pengguna yang berharap pada sistem !!

ZoOm : Apa kata anda  yang cuba mengeluarkan duit dari ATM hari ini !!?