Mei 25, 2009

(Movies) Drama La Dolce Amira dan Datin Wanabe di TV3


Saksikan Faezah Elai dalam drama La Dolce Amira

Dua lagi drama menarik akan diperkenalkan bulan Mei ini! Istimewa buat peminat setia slot Lestary, satu lagi drama penuh emosi berjudul La Dolce Amira akan bersiaran bermula pada 26 Mei 2009, setiap hari Selasa, 9.00 malam. Drama ini mengisahkan tentang kehidupan Amira dipenuhi dengan gelak ketawa dan usik mengusik namun di sebalik keceriaan itu, Amira berdepan dengan masalah rumahtangga ibu bapanya. Pelbagai cubaan sudah dilakukan oleh Amira tetapi sering mengalami kebuntuan.

Manakala Datin WanAbe pula akan menemui penonton bermula hari selasa, 19 Mei 2009, jam 10.00 malam mengisahkan tentang keluarga Kat dan Amin yang penuh dengan adegan lucu mencuit hati lantaran sikap Kat yang sering mahukan perhatian dan terlalu inginkan kehidupan mewah walaupun hakikatnya dia mencanang cerita semata-mata hendak bermegah-megah.

Siri La Dolce Amira menampilkan pelakon-pelakon seperti Faeza Elai, Iqram Dinzly, Siti Elizad, Amelia Chan, Linda Hashim, Fizzow Omar, Joanna Bassey, Kuza, Zafrul Nordin, Wan Faikah Aina dan Rozie Rashid. Manakala Datin Wan Abe membariskan pelakon seperti Jasmin Hamid, Shamsul Ghau Ghau, Wan Elyas, Zaris dan Maya.