Februari 14, 2011

Pemasangan Pakej Unifi Percuma Telekom Sehingga 31 Mac 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa kos pemasangan UniFi secara PERCUMA akan dilanjutkan sehingga 31 Mac 2011!
Melalui promosi ini, semua pelanggan baru UniFi akan menikmati penjimatan caj pemasangan yang berjumlah sebanyak RM200. Promosi ini merangkumi semua pakej Unifi VIP dan juga BIZ.


Mereka yang berminat boleh mendaftar di mana–mana cawangan TMpoint di kawasan yang mempunyai perkhidmatan UniFi, ejen Jualan TM yang dilantik dan juga melalui portal “online” di pautan https://occ.unifi.my/


Harap maklum bahawa ini bukanlah Pakej UniFi yang khusus untuk anggota TM. Pakej UniFi khusus untuk anggota TM akan diumumkan kelak.
Pengumuman mengenai promosi ini telah pun dibuat menerusi laman web dan iklan TV sejak 1 Januari 2011.Oleh itu, anda boleh memaklumkan perkara ini kepada keluarga, sahabat handai dan juga pelanggan kita.
Untuk keterangan lebih lanjut tentang pakej – pakej UniFi, sila layari http://www.unifi.my