Januari 20, 2011


ZOom suka bila Azrul menyanyi semasa Program Raja Lawak sebelum ini, namun tak sangka pula Azrul memang sudah mempunyai pakej yang telah lama beliau ketahui dan kini ingin mengembangkan bakat dalam bidang nyanyian.

Semoga beliau berjaya mencapai cita-cita sebagai seorang penyanyi dan pelawak yang disegani. Berikut "Statement" beliau apabila ditanya mengenai cita-cita dan pengalaman beliau sebelum ini.

Sejujurnya, saya menjadikan program Raja Lawak sebagai lesen untuk dikenali sebagai penyanyi. Sebelum ini, saya banyak menyanyi di tapak pesta Pulau Pinang.
“Sebelum menyertai Raja Lawak musim kedua, saya pernah menubuhkan kumpulan muzik dan menjadi finalis pertandingan Asia Bagus 1995. Kami hanya berjaya mendapat tempat keempat dalam pertandingan itu.
“Selain itu, saya turut memasuki pertandingan Bintang Radio Televisyen Malaysia (RTM) cawangan utara pada 1996 dan dipilih sebagai naib juara,” katanya kepada mStar Online.
Azrul bukan sahaja meminati bidang nyanyian, malah dia turut menceburi bidang penciptaan lagu.
“Saya telah bergelar komposer sejak tahun 2009 dan dalam diam-diam berjaya mengumpul 10 buah lagu. Saya mendapatkan bantuan Along (Exist) sebagai penyusun lagu.
“Saya baru sahaja menghasilkan single terbaru berjudul Cerita Kita sejak Disember lalu,” katanya yang menggunakan modal sebanyak RM4,000 untuk menerbitkan sebuah lagu.
Bercerita tentang perkembangan lain, Azrul juga merupakan pengacara di Astro Mustika dan membintangi sitkom berjudul TakuTV di Astro Warna (saluran 132) serta sitkomFaSoLaTiDo di RTM.