"Jangan salah anggap, saya bukan dikongkong oleh pengurus saya (Shaliza), cuma saya selesa dengan hidup begini.
"Kalau orang ingin bercakap dengan saya, mereka boleh menghubungi saya melalui Shaliza atau keluarga kerana mereka sentiasa bersama-sama dengan saya.
"Apa-apa pun, saya bukanlah seorang yang tidak ambil tahu tentang gajet dan saya bukannya ketinggalan zaman. Saya juga memiliki barang-barang seperti I-Pod, permainan play station mudah alih (PSP), mahupun komputer riba, tetapi bukan telefon bimbit," katanya ketika ditemui pada sesi rakaman Revolusi Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25) di TV3 di sini, Khamis.Tambah Dayang, dia mungkin akan memiliki telefon bimbit jika dirinya sudah mempunyai kekasih.
ZoOm : Macam manalah kalau Dayang ni dalam keadaan kecemasaan yer...
1. Adakah dia pergi "Public Phone" ?
2. Pinjam telefon bimbit orang ?
3. Menggunakan internet ( Skype, YM, MSN, Facebook dll )
Apa kata anda ??