September 17, 2010

Vila terapung unik dan mewah di Bagan Lalang Sepang

Sungguh menakjubkan pusat peranginan baru dibina di Bagan Lalang Sepang, tanpa perlu memandu jauh dari ibukota  anda dapat merehatkan minda dan badan anda di sini.



Golden Palm Tree yang juga dikenali sebagai Sepang Gold Coast Malaysia di Pantai Bagan Lalang, merupakan projek penginapan mewah yang dibina di atas permukaan air pertama di Asia.
Pertama kali menjejaki kaki di sana, hati pasti terpaut menyaksikan laut Selat Melaka yang membiru.
Penat perjalanan lebih sejam dari ibu kota lesap sejurus kaki menjejak ruang legar resort. Lokasinya dengan pantai hanya lebih kurang 50 meter.


Tidak cukup dengan itu, resort seluas 160 hektar yang dibina dalam formasi pohon kelapa sawit (pandangan dari udara) dirasakan cukup unik ditambah pula dengan suntikan ciri-ciri kemelayuan terutama pada hiasan dalaman vila.
Susunan 392 vila pelbagai jenis menjadikan resort itu kelihatan seperti perkampungan global yang boleh menarik pelancong dalam dan luar negara.
Setiap vila tidak meminggirkan unsur alam dengan kehijauan flora fauna yang tidak diusik.
Pengurus Pemasaran Golden Palm Tree, Steven Yap berkata, resort yang diuruskan oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan CNI International itu terletak di kawasan strategik yang menawarkan pemandangan pantai yang indah.


Lokasi : Bagan Lalang Sepang
Perjalanan : 1- KLIA - Hanya 25 Minit
                   2- Ibukota ( KL) Hanya 1 jam / Putrajaya - Hanya 45 Minit
                   
Kemudahan-kemudahan asas termasuk set televisyen, telefon talian dail terus antarabangsa (IDD), bar mini dan sebagainya. Dengan saiz bilik yang luas serta susun atur perabot yang kemas memberi keselesaan kepada penghuni untuk bergerak dengan bebas terutama bagi yang datang bersama keluarga.


Gambar :