September 17, 2010

Kehebatan Ikan Bakar Restoran Sekinchan

Mungkin bila anda ingin menikmati ikan atau makanan laut bakar, anda perlu meninggalkan kota. Paling dekat pun, perlu ke Pelabuhan Klang yang memerlukan hampir 40 minit perjalanan dari Kuala Lumpur, semata-mata menikmati hidangan tersebut.


Kini bagi pengemar makanan laut anda boleh menikmati makanan yang diidamkan di Restoran Sekinchan Ikan Bakar, yang terletak hanya 10 minit perjalanan dari pusat bandaraya Kuala Lumpur. Restoran yang telah sebulan memulakan perniagaan ini terletak di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Dengan keluasan 4,000 kaki per segi, ianya merupakan sebuah restoran yang direka dengan penuh citarasa, berkonsepkan suasana asli kampung nelayan dan menghasilkan perasaan cukup seronok, terbuka, ceria, kasual serta sesuai untuk seisi keluarga. Terletak di aras G, Kompleks Centrum Setiawangsa, ia boleh memuatkan lebih kurang 400 pelanggan dan beroperasi setiap hari dari jam 12 tengahari hingga 1 pagi. Dalam pada itu juga, ruang makan berhawa dingin juga disediakan bagi mereka yang inginkan keselesaan tetapi pada kadar yang sama.
Bagi memastikan kesegaran setiap makanan laut yang dihidangkan di restoran ini, setiap hari, pembekal dari Kuala Selangor akan datang untuk menyediakan bekalan. Dalam pada itu, ramuan yang digunakan dalam penghasilan bahan perap untuk hidangan adalah yang terbaik dan resepinya diwarisi sejak turun temurun.

"Sejak memulakan operasi sebulan lalu, kami tidak sabar-sabar menunggu pembukaan rasmi dan teruja dengan sambutan yang diterima setakat ini,” kata Dato’ Jamal bin Yunos, pengasas Restoran Sekinchan Ikan Bakar, sambil menambah setakat ini mereka sudah mendapat sambutan lebih 35,000 pelanggan sepanjang sebulan beroperasi.


Bukti kejayaan Restoran Sekinchan Ikan Bakar ialah catatan jumlah hasil jualan tertinggi iaitu sebanyak RM29,800 sehari baru-baru ini.

“Lokasi restoran kami ini sangat strategik, memandangkan ini adalah laluan sehala dan kami mempunyai kemudahan parking yang percuma di dalam Kompleks Centrum Setiawangsa sendiri,” terang Jamal lagi.

Seiring dengan kemajuan teknologi, restoran ini juga menyediakan kemudahan sambungan internet tanpa wayar secara percuma kepada semua pelanggan. Ini merupakan salah satu faktor penarik, terutamanya golongan muda untuk menjamu selera di sini.Buat pengikut Piala Dunia yang sedang berlangsung di Afrika Selatan, pihak pengurusan restoran telah menyediakan layar lebar menayangkan perlawanan bola sepak secara langsung. Bagi peminat bola sepak, selain meriuhkan suasana dengan sorakan bagi pasukan pilihan mereka, hidangan nasi lemak dan teh tarik disediakan dengan harga cukup berpatutan iaitu RM3 bagi satu hidangan.

Untuk merasai kenikmatan ikan bakar serta makanan laut yang hebat, jangan lupa untuk mengunjungi Restoran Ikan Bakar Sekinchan. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Baby di talian 019–3643637 atau layari Facebook dan cari Sekinchan Ikan Bakar.

Buat pengikut Piala Dunia yang sedang berlangsung di Afrika Selatan, pihak pengurusan restoran telah menyediakan layar lebar menayangkan perlawanan bola sepak secara langsung. Bagi peminat bola sepak, selain meriuhkan suasana dengan sorakan bagi pasukan pilihan mereka, hidangan nasi lemak dan teh tarik disediakan dengan harga cukup berpatutan iaitu RM3 bagi satu hidangan.