September 15, 2010

Marion Di sindir Bakal Abang Ipar SM Faisal !!

Boleh tahan juga gossip Marion ni, belum kahwin sudah ada masalah tersendiri dengan bakal keluarganya, kisahnya berlaku di laman Tweet yang popular di kalangan profesional dan artis sekalipun


Antara tweet yang didakwa menyindir beliau ialah: Minah sendiri buat pengumuman di surat khabar, terdesak sangat ke?
Tweet itu diteruskan dalam bentuk pantun lima kerat iaitu:


Adab Asia megah berzaman 

Jumpa bincang pun belum
Hormat semua yang tua dihiraukan 
Berlagak angkuh berita dilaung 
Rugi ini generasi hadapan 


"Saya agak kecewa dan kurang puas hati dengan sikap beliau yang menyindir saya secara terang-terangan menerusi Twitter selepas saya membuat pengakuan terbuka untuk mengahwini adiknya.

"Kalau beliau ada masalah dengan saya, boleh jumpa terus dan berbincang tetapi bukan dengan cara seperti ini, jika sekalipun beliau ada tentangan mengenai hubungan kami," katanya.