Mac 16, 2012

Kekasih Dan Tunang Liyana Jasmay Adalah Jiran Rumah, Fathuddin Mazlan

Mengikut sumber lelaki ditengah inilah Bakal Tunang Liyana Jasmay
 
Beliau dikhabarkan akan bertunang dengan jirang tetangga beliau juga iaitu, Fathuddin Mazlan.  Dikhabarkan lagi, mereka memilih tarikh tersebut kerana ia merupakan tarikh lahir Liyana Jasmay yang ke-24.

Menurut ibu Liyana Jasmay, Pn. Habsah, mereka telah lama berkenalan kerana mereka tinggal berjiran.  Menurut Liyana Jasmay pula, beliau tidak menyangka bahawa lelaki yang dicari-cari selama ni merupakan jirannya sahaja.

Liyana Jasmay baru sahaja melancarkan single terbarunya berjudul Cinta Bersatu.  Jika dilihat pada bait-bait lagu tersebut, seperti sangat sesuai dengan kisah percintaan mereka ini..

Apa-apa pun, semoga pertunangan ini akan disambung hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya kekal hingga akhir hayat.

ZoOM : Tahniah Dan Semoga hari bahagia itu akan tiba dengan meriah dan bahagianya....Tetapi betul ke gossip yang ZoOM dengar, dikhabarkan Majlis pertunangan bersama jejaka pilihan hatinya pada 28 Mac ini. , gaun pengantinnya bernilai RM10,000 !! Huh mahal tu :) Bukan Selalu dilakukan kecuali yang dah kali ke 2..ke3 atau ke4 :)

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!