September 07, 2010

GAMBAR PERKAHWINAN AIDA ARIS

Hi Alls..Sorry Busy sikit dengan kerja...banyak yang Zoom tertinggal nak share dengan pembaca di Zoomartis, antaranya perkahwinan Akak Aida Aris kita ni


Aida Aris, 38, Akhirnya menamatkan zaman jandanya hari ini. Beliau memilih duda beranak dua, Husfarid Shaikh Ali, 38, sebagai suami. Majlis akad nikah berlangsung di Taman Sera Ukay, Ampang, Selangor, diikuti dengan jamuan ringkas pada waktu berbuka puasa.

"Majlis pernikahan kami berlangsung dalam suasana sederhana sahaja dan tidak melibatkan barang hantaran melainkan mas kahwin dan sebentuk cincin," ujar Aida dipetik sebagai berkata.

Pasangan suami isteri ini sebelum itu telah dikenalkan oleh Sharifah Haslinda dan suami, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Perkahwinan ini merupakan perkahwinan kali kedua buat Aida apabila bercerai dengan pengarah dan pelakon, Bob Azrai pada 2005. Manakala Husfarid yang juga bapa tunggal, adalah Ketua Pramugara MAS.

Semoga perkahwinan kali ini ia berkekalan hendaknya. Amin..