September 08, 2010

Arumi Bachsin Artis Indones Buat Kebajikan Sempena Puasa


JAKARTA: Menjelang hari lebaran, bintang filem Arumi Bachsin (gambar) meluangkan masa untuk melakukan amal jariah dengan mengagih-agihkan makanan kepada mereka yang kurang bernasib baik.
Arumi, 16, mengikuti kegiatan sosial tersebut bersama sebuah badan kebajikan di kawasan Kota Tua, Jakarta Barat, Selasa.



"Kebanyakan mereka ialah tukang sapu yang menghadapi dugaan hidup. Bahkan ada seorang pencuri yang ingin mengikuti acara ini," katanya.

Arumi berasa tersentuh apabila bertemu dengan mereka yang kurang bernasib baik.
Kegiatan amal tersebut mengingatkannya supaya selalu bersyukur.

"Mereka tidak kaya harta tapi kaya hati," katanya. - detikhot.com

Zoom : Jangan Semasa Bulan Ramadan Jer dah...Apa pun Alhamdulillah semoga di murahkan rezeki.