Norman telah menghantar 7 dulang hantaran dibalas 5 oleh pihak Memey tetapi wang hantaran masih lagi menjadi rahsia kepada umum.
Nampak macam ayu je si Memey ni patutlah abang Norman kita terpikat dengan kelembutan Memey,apa pun di bawa ni sedikit bait-bait indah dari mulut pasangan bahagia ini
Kata-kata Romantik Memey
Jujurnya memang penat sebenarnya selama ini. Bukan kerana mendengar kata-kata nakal orang, sebaliknya terlalu letih mengharungi segala dugaan yang datang menimpa tidak henti. Syukurlah abang (Norman) sentiasa menyokong dan memberikan motivasi buat saya terus berdiri. Abang memang seorang lelaki yang baik dan mampu membimbing saya serta keluarga kami nanti. Saya yakin dengan sifat kebapaannya. Soal keserasian tidak perlu lagi dibicarakan kerana sejak dari awal perkenalan kami lagi, rasa selesa dan gembira itu memang ada dan kekal antara kami.
Kata-kata Romantik Norman
Memey seorang wanita yang sukar saya terjemahkan dengan kata-kata kerana kejujuran serta keikhlasannya dalam menerima diri saya sebagai seorang duda dengan tiga anak adalah aspek utama yang menyentuh perasaan.
Zoom: Apa pun Semoga hari bahagia itu akan tibah...