Boleh tahan juga akak Ning Baizura kita ni, tanpa pengurus beliau menyusun jadual yang padat dengan aktiviti seharian tanpa kesilapan yang besar.
Kata beliau pengalaman selama ini banyak mengajar beliau mengenai selok belok dalam mengurus kerja-kerja seharian termasuk tugas beliau sebagai artis Malaysia.
Ning memiliki pengurus bermula daripada ibunya, Stella Abdullah, sehinggalah kepada pengurus asing, mendiang Mike Bernie dan Vernon Kedit Jolly.
Sepanjang 17 tahun menimba pengalaman dengan mereka yang boleh dianggap sebagai ‘sifu’, Ning akui banyak perkara yang dipelajarinya tentang selok-belok bergelar anak seni.
Semoga Ning berjaya dalam bidang Usahawan yang beliau ceburi..
APa kata anda?