Tersenyum seketika Zoom apabila membaca artikel di bawah ni, disaat pasangan lain meneruskan seruan darinya untuk mendirikan rumah tangga ada juga insan yang meluahkan perasaan ingin memperisterikan seseorang yang sudah lama dikenalinya.Inilah yang dinamakan suratan takdir, jodoh dan perkahwinan ditentukan olehnya..
Ketika menghadiri majlis pernikahan Wafa Tan Sri Abdul Kader dan Tajul Faizal Tamimuddin di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur semalam, Shahriza tidak dapat menahan perasaan sebak lantas mengalirkan air mata waktu bersalaman dengan Wafa.
“Saya tak tahu mengapa perasaan saya cepat sensitif apabila orang tanya tentang kahwin. Ramai juga yang bertanya, tetapi saya tak tahu bagaimana hendak menjawabnya.
“Saya hanya wanita biasa dan suatu hari nanti saya akan berkahwin juga. Sekarang, saya hanya menunggu masa,” katanya sambil tersenyum di samping kekasihnya, Saddiq di ruang legar masjid itu.
Sengaja diusik dan bertanya bila giliran dia dan Saddiq akan mendirikan rumah tangga. Dengan tenang, Shahriza menjawab: “Saya hanya berdoa. Kalau jodoh kami sudah sampai, saya takkan menolak.”
Tanpa semena-mena, Saddiq, abang kepada penyanyi dan komposer Ana Raffali itu yang padanya lebih banyak berdiam diri di sebelah Shahriza bersuara untuk melamar Shahriza tanpa diduga.“Kita kahwin tahun ini ya,” lantas bertanya terus kepada Shahriza di hadapan penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman yang turut berbual dengan pasangan itu.
Raja Azmi yang mendengar lamaran Saddiq kepada Shahriza itu terus berkata: “Tunggu apa lagi, elok sangatlah tu. Buat sahaja sebelum bulan puasa tahun ini. Orang kata lebih berkat. Bukan susah, buat majlis nikah secara ringkas sahaja,” sarannya yang sempat menawarkan khidmat untuk menjadi perunding perkahwinan mereka berdua.
Zoom: Tunggu bila dan dimana hari bahagia mereka akan dilangsungkan...
