Jun 12, 2010

Johan Tuntut RM1 Juta Dari Pengarah Mohd Javed

Nampaknya kes baling gelas belum selesai, kisah ini akan berpanjangan hingga ke muka pengadilan.Jika anda membaca kisah dan luahan Johan sudah pasti anda akan menyalahkan Pengarah tu.Tetapi kisah dan kejadian sebenar akan kita ketahui jika prosiding di mulakan di Mahkamah.


Apa-apa pun dibawah ni Zoom sertakan gambar Johan masih dalam keadaan trauma dengan luka di dahi dan luahan beliau mengenai kisah diballing dengan gelas,Zoom terkilan apabila membaca Pengarah ini menendang isteri Johan ketika ingin membantu, 



"Dalam surat yang diberikan kepada pihak Seniman, dia mendakwa saya tidak beri komitmen, tidak membaca skrip, tidak berdisplin, datang lewat dan mengganggu tumpuan artis lain untuk berlakon.
"Penggambaran baru masuk hari kedua, saya hairan kenapa mereka kata saya datang lewat sedangkan saya datang sebelum mereka mulakan pengambaran.
"Sehari sebelum penggambaran iaitu 10 Mei, ibu saya meninggal dunia dan saya minta untuk cuti sehari bagi menguruskan jenazah dan keesokkannya saya terus datang ke lokasi pengambaran kerana tidak mahu memberi masalah kepada mereka," jelasnya yang menjalani penggambaran Bisikan Arwah.



Namun begitu, ketika mahu memulakan penggambaran mereka memanggil saya supaya datang ke sebuah restoran untuk membincangkan sesuatu perkara.
"Saya duduk semeja dengan Javed dan dia lantas memaki saya dengan perkataan kesat dan melemparkan gelas kaca sehingga pecah. Tidak habis di situ dia menumbuk muka saya beberapa kali dan menendang Ozlyn (Isteri) yang cuba melindungi saya.
"Saya rasa tindakan mereka tidak profesional kerana tidak memberi sebarang penjelasan terlebih dahulu apa sebenarnya berlaku," jelasnya kesal.


Zoom: APa kata AnDa ??