Jun 05, 2010

Pemuda Pas Selar Konsert Inul Di Tawau !!!

PETALING JAYA: Pas kawasan Tawau, Sabah menyelar kenyataan penganjur Konsert 1 Inul Daratista, Nick Jordan yang mendakwa konsert yang sepatutnya diadakan di bandar itu hujung bulan lalu sebagai tidak lucah.
Yang Dipertua Pas Kawasan Tawau, Muhammad Hussain, sebaliknya berkata konsert Inul sebenarnya boleh meruntuhkan akhlak anak muda dan ia tidak wajar diadakan sama sekali.
“Adalah satu kenyataan yang kurang bijak telah keluar daripada mulut Nick Jordan dengan menyatakan bahawa konsert Inul tidak lucah dan dianggap satu seni dalam hiburan.
“Lenggok tubuh dan juga goyang gerudi yang sering diperkatakan itu merupakan bukti bahawa konsert Inul merupakan konsert yang berbaur lucah,” katanya dalam satu kenyataan

Zoom : Nampaknya satu lagi konterversi dan bantahan yang terpaksa Inul daripada seberang ini mempersembahkan aksi goyang gerudinya kepada khalayak umum.Apa kata anda ?