Macam-macam hal di luar sana, lelaki minat dengan lelaki dan yang perempuan pula minat dengan perempuan.Adakah ini petanda dunia sudah terlalu moden atau inikah petanda hari yang bakal tiba, semoga mereka akan bertaubat sebelum terlambat.
Terbaru Marsha digoda oleh golongan sejenis, malah beliau selalu digangu oleh golongan lesbian ketika berada diluar.Ikuti luahan Marsha mengenai kisah dia digoda oleh golongan ini.
"Saya hairan juga kemana sahaja saya pergi sering mendapat perhatian, bukan dari lelaki tetapi kaum wanita.
"Tapi saya tidak pernah menghindari mereka malah menghargai salam perkenalan yang dihulurkan dan menganggap mereka sebagai kenalan baru," jelas bintang Akeademi Fantasia ini.
Ketika ditanya sebabnya, Marsha sendiri tidak tahu jawapan yang menyebabkan ramai golongan lesbian tertarik kepadanya.
"Entahlah, saya juga tidak tahu kenapa, mungkin sifat mesra saya kepada semua orang telah disalah anggap oleh mereka. Tapi apa pun selagi tidak menganggu keselamatan saya tidak kisah," jelasnya.
Zoom: Apa kata anda ?