Perkahwinan yang baru 4 bulan sudah macam bertahun Diddy ni berkahwin, sudah lama kita tidak mendengar khabar berita dari beliau terutamanya selepas mendirikan rumahtangga Februari lalu.
Diddy yang diijab kabul pada 6 Februari lalu dengan pasangaannya Allen Nor Azah Musa setelah empat tahun bertunang mengakui kehidupannya lebih terurus berbanding dahulu.
"Biarpun kami sudah kawan lebih 10 tahun tapi ikatan yang sah ini benar-benar membuatkan hidup saya kini lebih terisi. Kami sedang menjalani kehidupan rumah tangga yang lama kami rancangkan.
"Rutin harian saya juga berbeza berbanding ketika bujang dahulu. Selepas berkahwin saya banyak menghabiskan masa di rumah berbanding berada di luar.
"Dari segi urusan pakaian, makan, perbelanjaan kini lebih terurus dan teratur," jelas anak jati Johor ini.