Setelah sekian lama menjanda, penyanyi Aishah akhirnya bernikah semula dengan lelaki pilihan hatinya, faizal haji zulkifli. Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin, 45, telah bernikah dengan ahli perniagaan berstatus duda. Lebih bermakna, dua anak lelaki penyanyi lagu Janji Manismu serta Bahtera Merdeka itu turut merestui hajat tulus ibu mereka.
"Kehidupan saya dan anak tiada masalah sepanjang 10 tahun membesarkan mereka. Tapi hati saya ini akhirnya terbuka untuk berkahwin semula selepas bertemu dengan lelaki yang tepat untuk menjadi teman hidup.
"Calon suami saya bukanlah bergelaran Datuk kerana yang penting dia boleh membahagiakan kami sekeluarga," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Aishah sebelum ini pernah dua kali berkahwin, pertama dengan jejaka Singapura dan kedua dengan warga New Zealand, Muhammad Abdullah atau Che Mat pada 1 September 1997 di Auckland.
Mereka dikurniakan seorang anak Azhad Ahlami Muhammad, 10. Selain itu, Aishah ada anak angkat, Armand Azhari Abdullah, 16. Bagaimanapun, pada 13 September 2000, Aishah memfailkan permohonan cerai fasakh dan hak penjagaan anak di Mahkamah Majistret Ampang mengikut Seksyen 4 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
Zoom: Semoga Bahagia sampai ke akhir hayat...