April 27, 2010

Zaibo menafikan berkahwin dengan janda anak sembilan

Ada juga gossip mengenai abang Zaibo kita ni, rasa nak gelak pun ada yer la artis veteran pun kena gossip juga oleh warga internet ni.Bak kata pepatah dimana ada jalan disitu ada Gossip, kisahnya bermula apabila seorang penulis yang berasal dari Rengit yang sering melihat Abang Zaibo kita ni berkepit dengan janda anak sembila ni.


Pergi pasar beli ikan selalu keluar bersama hingga meninggalkan gossip, lalu abang Zaibo kita tampil dengan jawapan dibawah ;-


“Saya memang berkawan baik dengan wanita Rengit tu (seorang petugas di sebuah universiti di Johor). Sejak kebelakangan ni bila tak ada shooting memang saya selalu ke sana. Dia adik angkat saya. Kami dah kenal dekat 10 tahun dah. Saya minta kepada sesiapa yang nampak saya berdua-duaan di pasar atau di mana-mana kedai makan ke, jangan salah faham pula. Dia bukan isteri saya tapi adik angkat sahaja,” ujar Zaibo. -Utusan

Zoom: Apa kata anda di Zoomartis ?