April 26, 2010

Calon BN P.Kamalanathan Menang di Hulu Selangor



HULU SELANGOR 25 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor hari ini sebagai satu peralihan besar sokongan rakyat kepada BN.


Pengerusi BN itu berkata, kemenangan itu membawa erti yang amat besar kepada BN kerana bertanding di negeri yang dikuasai pakatan pembangkang.


"Kemenangan calon BN, Kamalanathan membawa erti yang amat besar kerana kalau kita lihat keputusan pada tahun 2008 dan keputusan pada hari ini sudah berlaku peralihan sokongan pada BN yang menghampiri 2,000 undi.

"Ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang, kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang dikuasai (pakatan) pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan rasmi pilihan raya kecil kawasan itu di Dewan Serba Guna, Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Baharu di sini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, yang juga Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – Bernama


Zoom: Sekadar berkongsi dengan anda...!!!