April 25, 2010

Ayu OIAM Kahwin Dengan Duda !!?

Apa-apalah dik asal ko bahagia jangan peduli apa kata orang kahwin je kalau itu yang diinginkan daripada ada orang kat lluar tu, tak kahwin tetapi dah pandai ikut suami orang pergi Hotel..Mari kita baca luahan Bekas Juara OIAM bercerita mengenai Suaminya.



Kami berkenalan sekitar November 2008 menerusi seorang teman. Dia duda yang sudah mempunyai sepasang cahaya mata, namun itu bukan penghalang cinta kami.

Saya terima dia seadanya dan anak-anaknya juga baik dengan saya. Mungkin tidak lama lagi anak-anak suami daripada perkahwinan pertamanya akan tinggal bersama saya.

Soal kenapa saya tidak mendedahkan wajah suami dan anak, sekali lagi saya mohon maaf. Itu permintaan suami dan sebagai isteri, saya kena akur. Mereka bukan artis dan cukuplah saya seorang yang mendapat publisiti. Itu pegangan keluarga sebelah suami saya.