Pasangan penuh sensasi dengan kisah hidup mereka, terutamanya kisah perbicaraan di tangkap khalwat baru-baru ini yang masih berjalan.
Memey Suhaiza, 21, dan Norman Hakim, 33, mengakui akan melangsungkan pernikahan selewat-lewatnya tahun depan jika semua perancangan yang diatur berjalan lancar.
Mereka akui, dengan reda Tuhan dan selepas perbincangan, keluarga kedua-dua belah pihak bersepakat menyatukan dua hati itu secepat mungkin, sekali gus menamatkan segala fitnah mahupun kontroversi yang melanda dua artis itu sebelum ini.
Jum baca "Statement" anak gadis bernama Memey Suhaiza ini di bawah :-
“Pun begitu, sebelum ini memang ada perbincangan sesama keluarga untuk menentukan tarikh sesuai (melangsungkan pernikahan) dan akhirnya mereka memilih 2011. Sekiranya menjadi kenyataan dan perancangan itu diredai Tuhan, hasrat kami untuk terus bernikah, tiada sebarang majlis merisik mahupun bertunang. Pun begitu, sekiranya Norman bersama keluarganya ingin mempercepatkan lagi majlis pernikahan kami pada tahun ini, saya reda sekalipun secara peribadi, saya belum bersedia.
“Insya-Allah sekiranya benar jodoh saya bersama Norman, saya terima seadanya. Namun, kami hanya mampu merancang, Tuhan yang akan menentukan segala-galanya. Segala keputusan selepas ini, saya terima dengan hati terbuka,” kata Memey yang berjaya dipujuk membuka mulut mengenai perancangannya membina hari bahagia bersama Norman.