Februari 23, 2010
(Filem) Sinopsis Filem 2 Hati 1 Jiwa
Pengarah : Prof Madya A. Razak Mohaideen
Syarikat Penerbit : Grand Brilliance Sdn. Bhd. , Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre : Keluarga, Muzik, Cinta, Ngeri
Klasifikasi : U – Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 28 Januari 2010
Audio : Stereo
Penulis : Prof Madya A. Razak Mohaideen
Cerita Asal : Prof Madya A. Razak Mohaideen
Penulis Skrip : Wan Aida
Lakonan:
Fouziah Ghous
Yasmin Hani
Fahrin Ahmad
Mustapha Kamal
Ziela Jalil
Jalil Hamid
Yusmal Ghazali
Irma Hasmie
Iqram Dinzly
Krew:
Pengarah Seni: Ady Putra
Pengarah Fotografi : Mohd Erman
Penyunting : Faizul A. Rashid
Muzik : Adzrey
Penerbit : Puad Onah & Prof Madya A. Razak Mohaideen
Penyelaras Penerbitan : Latiff Mohaideen
Sinopsis 2 Hati 1 Jiwa:
LANA dan LINA sentiasa mempunyai perbezaan di dalam mereka. Namun begitu, mereka masih mampu hidup bersama sebagai kawan baik terhadap diri masing-masing. Mereka sentiasa dilindungi daripada elemen-elemen luaran sosial yang lain oleh ibu bapa mereka.
Sejak kecil, mereka tidak pernah dihantar ke sekolah awam. Sehinggalah pada suatu hari, ibubapa mereka menyedari akan keperluan untuk mendedahkan mereka kepada dunia luar agar mereka tidak akan bergantung kepada ibubapa mereka lagi. Untuk berapa lama keadaan ini akan bertahan? Apa akan terjadi kepada LANA dan LINA apabila ibubapa mereka meningkat tua dan satu hari akan meninggalkan dunia ini?
Peluang untuk mereka belajar berdikari bermula apabila mereka masuk ke alam universiti. Membenarkan mereka untuk memilih kepentingan dan kesukaan masing-masing, contohnya daripada kursus mata pelajaran, kawan-kawan dan gaya hidup masing-masing. Mereka telah menjadi kembar yang berlainan kontras individualitinya tetapi berkongsi conjoined body yang sama.
Buat pertama kalinya di dalam hidup mereka, perasaan benci sesama mereka telah muncul. Hanya pembedahan yang mampu menjadi penyelesaian terhadap konflik ini. Filem ini mempersembahkan plot-plot penceritaan yang menarik tentang cabaran-cabaran yang terpaksa dilalui oleh LANA dan LINA di dalam mengharungi zaman universiti mereka yang telah membuatkan mereka tidak lagi berkesefahaman yang berakhir dengan pembedahan.