Belum reda dengan gossip Freemason pada Anugerah Juara Lagu baru-baru ini, alyah kembali di kalut dengan gossip terbaru mengenai lirik lagu "Realiti Dewi" yang dikatakan mempunyai lirik yang boleh dikategorikan syirik.Ikuti luahan anak muda ini mengenai gossip terbaru di bawah,
Lirik lagu Realiti Dewi dikatakan mempunyai maksud yang boleh memesongkan akidah kerana mempunyai unsur pemujaan terhadap dewa-dewi.
Antara bait-bait lagu tersebut ialah "Kaulah dewa yg aku puja, bukalah hatimu untuk cinta. Aku dewi yg kau merindupencinta yg setia, oh sayangku".
Menurut Alyah, dia sedar tentang perkara itu namun baginya semua itu terletak kepada niat sebenar dan hanya sekadar berhibur.
"Saya telah diberitahu tentang perkara itu tapi bagi saya ia hanya sekadar untuk berhibur. Apa juga yang kita buat bergantung kepada niat.
"Bagi saya tiada unsur syirik jika kita tidak berniat begitu. Lagipun bukan saya yang buat lirik tersebut dan saya pasti semua itu just for fun sahaja," ujar Alyah.
Menurutnya lagi, jika dilihat senario drama-drama tempatan sekarang banyak yang berunsur dewa-dewi namun masih boleh diterima masyarakat.
"Saya rasa ia tidak menjadi masalah kerana drama-drama dan filem tempatan banyak yang berunsurkan dewa-dewi, kayangan dan sebagainya tapi masih lagi diterima masyarakat," ujarnya yang bakal merakamkan album terbarunya bulan hadapan.
Sementara itu, menurut gadis berasal dari Johor ini, dia masih mengetahui batas-batas agama Islam yang telah dipelajari sejak dari kecil lagi.
"Saya masih tahu batasan sebagai orang Islam, saya dibesarkan dengan ajaran agama Islam dan bersekolah agama.
"Saya masih tahu halal haram dalam agama terutamanya hukum-hakam berkaitan syirik ini," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Dalam pada itu, video klip bagi Realiti Dewi bakal diedarkan minggu hadapan yang juga merupakan penutup bagi albumnya yang berjudul Alyah.
"Promosi untuk album Alyah sudah tamat, video klip Realiti Dewi adalah terakhir untuk album tersebut. Sekarang saya mahu tumpukan kepada album baru.
"Album ini akan memuatkan lima buah lagu dan setakat ini sudah mendapat kerjasama dengan komposer Azlan Abu Hassan, Aidit Alfian dan Omar K," ujarnya yang tidak mengunakan khidmat Ajai untuk album kali ini.
Dia yang mengambil langkah berani menerbitkan sendiri album terbarunya menganggap setiap langkah yang diambil mempunyai risiko tersendiri.
"Saya sudah 10 tahun dalam industri ini, macam-macam perkara manis dan pahit telah saya lalui, saya mengambil masa yang lama untuk popular. Saya tidak mahu menunggu lebih lama lagi untuk keluar album.
"Harapan saya ialah supaya nama saya masih lagi berada di industri hiburan untuk album seterusnya nanti," ujar Alyah yang masih lagi berehat dari sebarang aktiviti seni sebelum memulakan rakaman album terbarunya.