"Saya ada menonton Adnan Sempit, apa yang saya boleh cakap adalah hanya pada mula dan akhir cerita itu adalah Adnan Sempit. Di tengah-tengah cerita itu ia adalah V3: Samseng Jalanan yang telah diolah."
Kerana komen Farid didalam blognya Adham Idham yang merupakan pengarah Adnan Sempit memberikan komennya terhadap pandangan jujur Farid Kamil.
Bagi saya, kita perlu tonton filem arahan sulung Farid Kamil itu dahulu dan baru boleh kita tahu sama ada ia mempunyai persamaan atau saya menciplak idea dia.
Jadi setulen mana sebenarnya Adnan Rempit itu sendiri?
Pertama sekali kita perlu faham bahawa genre rempit itu bukan hak individu. Saya tampil dengan filem Remp-it selepas Bada Haji Azmi mengeluarkan filem KL Menjerit 1 menggunakan genre rempit. Kalau kita lihat juga, dari dahulu melalui filem Azura dan Gila-Gila Remajajuga sudah mengetengahkan genre tersebut.
Jadi sudah sah ia adalah satu tema yang universal. Kalau tentang isi kandungan, saya tidak boleh komen sebab khalayak masih belum lihat filem V3: Samseng Jalanan.
Tapi apa yang boleh saya katakan, jikalau Adnan Sempit itu tidak eye cactchy atau pengisiannya tidak bagus, tidaklah kita mendapat kutipan yang memberangsangkan hingga RM7 juta.
Zoom: Entah la mana yang betul...sebab Zoom pun belum pernah menonton Filem Adnan Sempit ni, nanti V3 dah kuar baru la kita komen banyak-banyak..or ada diantara anda yang sudah menonton...Sila la komen dan "Share" dengan pembaca di Zoomartis..!!