Februari 11, 2010

(Films) Sinopsis True Legend


Filem : True Legend
Bahasa : Mandarin
Genre : Aksi
Tarik Tayangan : 11 Februari 2010
Pengarah : Yuen Wo-Ping
Pelakon: Jay Chou, Michelle Yeoh, Zhou Xun dll



Baca Selanjutnya

Mengisahkan tentang Su Can, seorang perwira tersohor pada zaman akhir Dinasti Qing yang mahu memulakan hidup baru bersama isteri dan anaknya yang baru dilahirkan.

Namun hasratnya itu tidak kesampaian apabila dia diburu oleh Yuan yang mahu membalas dendam keatasnya.Yuan menuduh Su Can telah memusnahkan keluargnya.

Su Can cedera teruk dan anak lelakinya telah diculik,beberapa bulan kemudia Su Can pulih daripada kecederaan dengan bantuan lelaki misteri. Lelaki ini telah mengajar ilmu mempertahankan diri yang sangat hebat dikenali 'Golden Monk'. Su Can bertekad mahu menyelamatkan anak lelakinya.

Pelbagai dugaan yang telah ditempuinya, hidupnya menjadi hilang arah dan akhirnya menjadi pengemis jalanan yang sering mabuk kerana kecewa dengan apa yang berlaku ke atasnya.Walaupun begitu, Su Can tetap memerangi kejahatan dan ketidakadilan yang ada disekitarnya.

Berjayakah anak Su Can diselamatkan? Apakah kesudahan hidupnya? Saksikan filem menarik yang membariskan pelakon-pelakon hebat ini di pawagam mulai 11 Januari ini.