Februari 12, 2010

(Cerita Artis) Hans Isaac berlakon filem Miss You Like Crazy Di Filifina !!!

Wah...Boleh tahan juga saham Hans Isaac ni, patutlah lama Zoom tidak mendengar cerita artis lelaki popular di Malaysia ni.Rupa-rupanya beliau mengembangkan sayap di Negara seberang.Bertuahnya badan sudah la terkenal di Seberang dilayan bak Raja pula tu...Mari kita baca "statement" Artis ini mengenai cerita terbarunya.



Baca Selanjutnya

Filem itu diarahkan oleh Cathy Garcia-Molina, pengarah terkenal di Manila yang pernah menghasilkan filem paling box-office di sana seperti A Very Special Love, You Changed My Life, dan You Are The One.

Ia turut menampilkan pelakon terhangat Filipina iaitu Bea Alonzo dan John Lloyd Cruz.

Menariknya mengenai filem berbahasa Inggeris, Melayu dan Tagalog itu, ia akan ditayangkan di 130 pawagam di Manila serta 15 buah negara di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Kanada dan India pada 24 Februari ini.

“Setakat ini, penggambaran telah mencecah 80 peratus dan lagi empat hari ia akan selesai di Malaysia sebelum pulang semula ke Manila pada 13 Februari ini.

“Saya memegang watak Mir iaitu seorang ahli perniagaan yang kaya berketurunan raja dan tinggal bersama seorang anak setelah kematian isterinya
.

“Selepas itu, Mir bertemu dengan seorang wanita bernama Mia Samonte (Bea) di Australia. Bea dan John merupakan hero dan heroin dalam filem ini sebaliknya saya hanya memegang watak sampingan
.

“Saya perlu berbahasa Inggeris dan Tagalog dengan Bea. Selain itu, dia juga berbahasa Melayu dalam filem ini kerana kami bercinta lebih setahun dan menjadi tunang saya,” cerita Hans serba sedikit mengenai filem lakonannya.

Bakal Dikenali Di Filipina

Sementara itu, Hans akui dirinya masih baru dalam industri perfileman Filipina.

“Setakat ini, orang di Filipina belum mengenali Hans Isaac tetapi media di sana sudah mula menemubual saya.

“Saya tak pernah fikir menerima filem ini untuk memasarkan diri-sendiri tetapi disebabkan peluang... dan apabila saya baca skrip MYLC, pada mulanya saya fikir 50-50.

“Tetapi apabila saya membaca akhir cerita itu, saya terus bersetuju sebab watak Mir lain dari yang lain,” akhiri Hans.

Info : Mstar

Zoom: Apa kata anda?