Februari 24, 2010

(Cerita Artis) Dayang tidak memakai telefon bimbit !!!


Inilah kelainan yang ada pada Dayang Nurfaizah artis kelahiran Bumi Kenyalang, walaupun diluar sana telefon  bimbit merupakan keperluan utama dalam kerja-kerja seharian.Apatah lagi beliau adalah seorang artis tentu ada ramai pihak yang ingin menghubunginya.


"Mungkin itu caranya, walaupun tidak mempunyai telefon bimbit, saya tidak nampak apa-apa kesukaran untuk berhubung dengan pihak luar," kata Liza, selaku pengurus peribadinya ketika dihubungi mStar Online.
Dayang yang juga tinggal bersama kedua orang tuanya, itu bagaimanapun sudah terbiasa dengan cara tersebut walaupun dipandang pelik oleh orang di luar sana.
"Jika waktu bekerja, Dayang bersama saya, semua urusan akan diuruskan oleh saya. Pihak tertentu yang ingin menghubungi Dayang akan menghubungi saya terlebih dahulu... lagipun saya pengurusnya.
"Selepas waktu bekerja, Dayang selalunya terus balik ke rumah, jika ada perkara penting, saya akan menghubungi ibu bapanya untuk memberitahu perkara tersebut," ujar Liza dengan nada bersahaja.
Zoom:Apa kata anda mengenai keperluan telefon bimbit ni?