Gillian Chung, pelakon dan penyanyi Hong Kong yang seringkali diselubungi kontroversi, kini telah kembali dalam industri seni hiburan setelah dihambat skandal gambar bogelnya dengan pelakon popular Hong Kong Edison Chen lebih setahun lalu. Sejak insiden itu, wanita berusia 28 tahun ini terus menyepi daripada karier seni dan kini memulakan kehidupan yang baru.
Peluang bertemu dengan aktres seksi ini ketika dia melancarkan minuman keras Jaz Rush di De' Bali Restaurant & Bistro, Johor Bharu pada Jumaat lalu, membawa penampilan 'comeback' yang lebih matang. Gillian mengaku pengalaman silam itu merupakan perkara paling teruk yang berlaku dalam hidupnya.
"Banyak yang saya pelajari selepas kontroversi itu berlaku. Dari situ saya dapat rasa bagaimana layanan orang ramai terhadap saya dibandingkan dengan sebelumnya. Saya juga sudah dapat kenal siapa kawan dan lawan. Sebelum itu, saya dan kawan lain selalu belajar menari dalam satu kumpulan...tak bermakna kami perlu belajar menari kerana kami suka tetapi disebabkan konsert, kami harus membuat persediaan dalam tempoh 14 hari untuk berlatih menyanyi banyak lagu," kata Gillian kepada media.
Baca Selanjutnya
"Selepas kontroversi itu, mungkin saya mempunyai lebih banyak perkara lain untuk dilakukan seperti belajar menari, seni mempertahankan diri, menyanyi dan berlakon. Saya masih mencuba untuk belajar banyak perkara kerana hidup ini sementara sahaja..," ulasnya.
Sebolehnya dia mahu melupakan skandal gambar bogel dengan Edison Chen, bekas kekasihnya itu kerana kariernya terjejas teruk sejak insiden itu. Setelah diterima kembali dalam industri seni, Gillian hanya bersikap positif dengan karier yang dilakukan sekarang. Menyentuh tentang kariernya sekarang, penyanyi dari kumpulan Twins ini telah dilantik sebagai duta produk minuman keras Jaz Rush sejak Jun lalu selama setahun.
Zoom: Tu la saper suruh buat....!!!! Tapi zoom tengok artis-artis malaysia ada yang menuju ke arah ini..APa Kata Anda !!?