Menurut sumber terdekat dengan Natasha itu, cerita perkahwinan pertamanya bersama seorang jejaka Ireland itu memang tidak diketahui ramai. Malah, ketika ditanya sama ada dia pernah berkahwin dengan seorang jejaka berbangsa Inggeris menerusi perkahwinan pertama, Natasha bertegas, cerita karut itu sama sekali tidak berasas.
"Cerita itu tidak berasas sama sekali. Hakikatnya, saya bercerai hanya sebanyak dua kali dan bukan tiga kali seperti yang didakwa. Pertama, bersama Faiz di mana perkahwinan kami hanya bertahan selama empat bulan dan perkahwinan kedua dengan Shahrin selama dua tahun. Itu kebenarannya.
Baca Selanjutnya
"Dakwaan yang mengatakan saya pernah berkahwin dengan lelaki mat saleh (jejaka Inggeris) adalah tidak benar dan mengarut. Saya tidak pernah tertarik dengan lelaki mat saleh, apatah lagi untuk berkahwin. Maka, cerita ini sangat mengarut. Anda tidak sepatutnya percaya dengan cerita karut yang dipaparkan di blog dan internet. Itu sama sekali tidak benar!" tegas Natasha lagi.
Malah, Natasha turut menambah bahawa tuduhan dan dakwaan tersebut membuatnya teruja dan tidak sabar untuk bercerita kepada orang tuanya. Dalam pada itu, ibu kepada Nessa Helena ini terus ditanya mengenai tindakannya meminggirkan wartawan ketika di majlis perkahwinannya dengan Datuk Shahrin Zahari dan mula mencari media setelah berlakunya episod luka ini. Natasha bagaimanapun menyesali perbuatannya dan mengaku dia banyak belajar daripada kesilapan itu.
"Saya benar-benar belajar daripada tindakan saya dulu. Ketika itu saya masih muda dan tidak berfikir panjang ketika membuat keputusan. Saya beranggapan bahawa keputusan itu adalah pilihan terbaik tetapi ternyata saya silap. Saya tidak pandai bergaul dengan rakan media dan tidak sedar tindakan bodoh itu akhirnya mengundang padah. Kini, saya belajar daripada kesilapan itu dan cuba perbaiki diri," akui Natasha mengakhiri bicara kontroversi itu.
Zoom: Ada apa-apa info tak mengenai Janda ini...Tak kan sampai kali ke 3, Biar betul...Apa-apa pun kita tunggu je cerita selanjutnya mengenai gossip ini..!!!!