Mawi dikatakan semakin lama semakin tenggelam popularnya mengikut arus masa. Ditambah pula berpusu-pusu orang yang mahu menjadi artis dengan mencuba nasib mereka seperti menghadiri ujibakat dan memasuki program realiti. Penyanyi, pelakon dan produser ini tidak menafikan tentang ‘zaman kejatuhan’nya namun dia sudah bersedia mungkin dengan menumpukan kepada kerja belakang tabir yang diuruskan oleh produksinya.
Baca Selanjutnya
Sepanjang bergelar artis selepas menjuarai program realiti AF3, Mawi berkata dia telah banyak kali menerima surat layang berbaur maki hamun.
“Macam-macam surat yang terima. Ada yang hantar di Maestro dan tidak kurang juga yang hantar di kampung. Orang dengki saya dari dulu sampai sekarang dan menganggap orang seperti ini saiko,” ujar Mawi.
Biar banyak mana dimakipun, Mawi tetap tidak mahu mengambil apa-apa tindakan terhadap pendengki itu.